CARIAN TOPIK :

 

Friday, July 24, 2009

Keputusan Pertandingan Tokoh NILAM Daerah Kerian 2009

Keputusan Pertandingan Tokoh Nilam Daerah Kerian 2009 yang telah diadakan pada 25 Jun 2009 di PKG Bagan Serai telah diperolehi. Empat kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Sekolah Rendah Bandar dan Luar Bandar serta Kategori Sekolah Rendah Bandar dan Luar Bandar.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori:

Kategori Sekolah Rendah Bandar
1. Nurul Iyman binti Meor Aris -SK Methodist
2. Nurul Atiqah bt Serat- SK Sri Kerian

Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar
1. Nasimah bt Shamsuri- SK Tanah Kebun
2. Mohd Nasrul Haqimi bin Adli - SK Parit Haji Wahab
3. Amirah Syamimi bt Jusop - SK Sri Siakap

Kategori Sekolah Menengah Bandar
1. Deviga A/P Raja Mohan - SMK Pekan Baru
2. Heng Yu Wei - SMK Bagan Serai

Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar
1. Nursyahirah bt Kamaruzzaman - SABK SMA AL-Hidayah Kuala Kurau
2. Vikneswary A/P Balan - SMK Alang Iskandar
3. Noorsyazwani bt Mastor - SMK Sri Kurau

Read more...

Penafian

Terma dan syarat penggunaan Blog Pusat Sumber SMK Bagan Serai ini adalah seperti berikut:

1. Syarat-Syarat Akses


Pusat Sumber SMKBS berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui penyaluran maklumat dengan tepat dan terkini. Walaubagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan Pusat Sumber SMKBS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pusat Sumber SMKBS berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.

Dengan mengakses bahan-bahan yang disediakan oleh Pusat Sumber SMKBS di dalam blog ini, anda mengakui dan menerima kenyataan di bawah dan bersetuju untuk mematuhi syarat yang dinyatakan di bawah. Baik maklumat mahupun sebarang pendapat yang terkandung di dalam portal ini, ia tidak menyumbang kepada satu permintaan . Maklumat dan bahan-bahan termasuk syarat-syarat yang terkandung di dalam blog ini boleh diubahsuai, dipadamkan atau diganti dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa di atas budi bicara pentadbir blog ini.

Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan Pusat Sumber SMKBS tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.

Kami tidak memberi jaminan bahawa portal ini boleh sentiasa diakses tanpa sebarang gangguan, selamat, bebas daripada virus komputer atau lain-lain pencerobohan kod yang boleh memusnahkan. Pusat Sumber SMKBS tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti, perbelanjaan, tuntutan atau permintaan yang menyebabkan sebarang kelewatan, ketidaktepatan atau kesilapan di dalam maklumat atau di dalam penyiarannya.


2. Ketepatan Laman Blog Ini

Blog ini boleh mengandungi ketidaktepatan yang tidak disengajakan atau kesilapan taip. Ia akan diperbetulkan atas budi bicara pentadbir pengendali (moderators), sekiranya ada. Maklumat di laman blog ini sentiasa dikemaskini, tetapi ketidaktepatan mungkin masih ada atau ia berlaku semasa proses mengemaskini dilakukan. Pusat sumber SMKBS tidak bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut.

Read more...

Thursday, July 23, 2009

Visi Sekolah

SMK Bagan Serai Gemilang 2015.

Read more...

Misi dan Visi Sekolah

Misi

Berhasrat menjadi institusi pendidikan terbaik untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan tabah menghadapi cabaran.

Visi

SMK Bagan Serai Gemilang 2015.

Read more...

Sejarah Sekolah

Sebelum tertubuhnya sekolah Inggeris di Bagan Serai, Daerah Kerian hanya mempunyai sebuah sekolah Inggeris sahaja iaitu Anglo Chinese School yang terletak di Parit Buntar. Oleh yang demikian, banyaklah masalah yang timbul di kalangan kanak-kanak. Di antaranya ialah faktor jarak dan masalah pengangkutan. Ekoran daripada masalah itu, kanak-kanak di luar bandar sentiasa keciciran dalam bidang akademik terutamanya bahasa Inggeris.

Memandangkan betapa pentingnya sekolah Inggeris di Bagan Serai ketika itu, maka kerajaan telah meluluskan penubuhan sebuah sekolah Inggeris di Daerah Kerian. Tuan E.C Hicks ( Senior Inspector School Perak) yang merupakan ketua di Jabatan Pendidikan Perak telah memberikan kebenaran mendirikan bangunan sekolah Inggeris di Bagan Serai pada tahun 1952. Sebagai permulaan, hanya sebuah bangunan sementara dengan dua bilik darjah dan bilik asrama didirikan di lorong sekolah (belakang bangunan Sekolah Kebangsaan kini). Ketika itu, hanya dua buah kelas sahaja dibuka iaitu Darjah Khas Melayu dan Darjah Satu. Tuan E A Moissinac, bekas pesara guru merupakan Guru Besar pertama. Sekolah ini diterajui bersama-sama dengan dua pendidik iaitu En. D. A Devadsob, guru Darjah Khas Melayu dan Cik Zabidah bt M. Ismail, guru Darjah Satu.

En. W.H.B Monerasinghe pula merupakan Guru Besar kedua. Pada tahun itu, bilangan murid telah bertambah ramai. Pada tahun 1956, sebuah bangunan tetap telah dibina iaitu di Jalan Anderson (Jalan Matang Buluh sekarang) yang mengandungi 9 buah bilik darjah. En. Ooi Beng Hooi pula merupakan Guru Besar ketiga. Di bawah pentadbiran beliau banyak perubahan yang dapat dilihat. Diantaranya ialah pertambahan pelajar. Atas desakan keadaan, kelas-kelas terpaksa dibuka di sebelah petang serta terpaksa pula meminjam bilik darjah dari sekolah Tamil yang berhampiran serta semua bilik telah dijadikan bilik darjah.

Pada tahun 1961, En. Kartar Singh telah menjadi Guru Besar yang keempat. Ketika itu, sebuah pelan telah dirancang untuk membina sebuah Sekolah Menengah Khas dan sekolah tambahan kepada sekolah yang lama. Ini merupakan langkah bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah. Pada tahun 1962, sekolah ini telah dipecahkan kepada dua dan ditadbir secara berasingan. Bahagian sekolah menengah oleh Encik Kartar Singh dan bahagian sekolah rendah oleh Encik Tan Pee Tek.

Sungguhpun ia dipecahkan kepada dua bahagian, namun masih menggunakan bangunan yang sama. Sekolah rendah akan menggunakan bangunan ini pada sebelah petang manakala sesi pagi pula akan digunakan oleh sekolah menengah.

Pada tahun 1963, bahagian sekolah menengah telah berpindah ke bangunannya sendiri atas faktor pertambahan murid. Peningkatan bilangan pelajar pada setiap tahun mengubah sistem sekolah menengah daripada satu sesi kepada dua sesi. Ketika itu, sebuah dewan, dua bilik makmal sains, sebuah bilik guru dan 21 buah bilik darjah telah pun diperolehi.

Sebuah makmal sains tiga tingkat telah siap dibina dengan harga RM240,000.00 pada tahun 1975. Bangunan ini telah dibuka secara rasmi oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak, Tuan Syed Abu Bakar Barakbah KMN pada 23 Mac 1978.

Tanggal 17 Mac 1984, nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bagan Serai telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Bagan Serai (SMBS). Atas arahan JPN Perak, mulai 1 Februari 1997, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai atau SMKBS.

Dalam tahun 2000, satu blok tambahan  4 tingkat dan satu blok untuk makmal Komputer telah dibina untuk mengisi bilangan pelajar  yang semakin  meningkat. Blok ini menempatkan Pusat Sumber Sekolah, Bilik Gerakan , Bilik Data, Bilik Unit Bimbingan Kaunseling, Bilik Seni, 8 buah kelas dan sebuah Dewan Terbuka.  Manakala  blok makmal Komputer boleh memuatkan 2 buah makmal komputer dengan kemudahan ICT yang lengkap.

Pendidikan Khas Integrasi telah diwujudkan di SMK Bagan Serai  pada 17 Januari 2001 dengan seorang guru dan 4 orang pelajar.  Pada 18 Februari 2002, kelas pendidikan khas telah berpindah ke bangunan baru dengan prasarana yang lebih baik.  Bilangan pelajar semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 2012, Pengurusan pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) memiliki 7 buah bilik darjah dengan bilangan pelajar seramai 34 orang. Manakala, bilangan guru PPKI adalah seramai 10 orang termasuk seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas dan dibantu oleh 3 orang Pembantu Pengurusan Murid (PKM).  Pada tahun 2008, PPKI telah melahirkan pelajar cemerlang PMR  (perempuan) peringkat Negeri.

PPKI bergiat aktif  dalam Akademik dan Kokurikulum dan telah mendapat Anugerah PPKI Cemerlang Daerah pada tahun 2009. Pada tahun 2010,  PPKI telah  memenangi Hadiah Saguhati Pertandingan Kitchen Garden dan Edible Lanscape anjuran FAMA Peringkat Negeri.  Pada tahun 2008, PPKI telah menyertai Program The World Biggest Lesson anjuran Education International.  Pada tahun 2010 Program Bumi Hijau telah dilancarkan.

Pada 1993 sebuah surau SMK Bagan Serai telah dibina hasil dari sumbangan Tun Ghaffar Baba untuk keperluan guru-guru dan pelajar Islam. Seterusnya pada tahun 2010, sebuah surau baru yang dinamakan Surau Al-Taqwa telah dibina hasil  sumbangan Guru- Guru Islam, Staf Sokongan, Ibu Bapa dan pelajar- pelajar SMKBS serta masyarakat setempat. Pada 23 Julai 2011  Surau Al- Taqwa telah siap  dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kerian.


Dengan terbinanya surau ini segala program yang berunsurkan  keagamaan  dapat  dijalankan dengan  memuatkan 500 orang pelajar Islam pada satu-satu masa. Surau ini menjadi pusat kecemerlangan kepada pelajar islam sekolah ini.

Kemaskini pada 15 Mac 2014

Read more...

Karnival NILAM

Pada 7 Julai (Selasa) yang lalu telah diadakan Karnival NILAM peringkat sekolah-sekolah menengah Daerah Kerian di SMK Seri Perak, Parit Buntar, Perak.

SMKBS telah menyertai dalam tujuh kategori pertandingan dan telah memenangi tiga daripadanya iaitu:

1. Johan menulis esei peringkat menengah rendah - Adik Amirul Ehsan B. Nordin.
2. Tempat Ketiga mendeklamasikan sajak kategori menengah atas - Adik Nor Sahidah Bt. Jamaludin.
3. Tempat Ketiga mendeklamasika sajak kategori menengah rendah - Adik Nur Afini Bt. Abdul Halim.

Tahniah kepada yang berjaya. Semoga tahun hadapan, sekolah kita akan dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Read more...

Monday, July 20, 2009

Kursus Pembinaan Blog


Tarikh : 20 hingga 23 Julai 2009
Tempat : PKG Telok Medan
Masa : 2.30 - 5.00 petang

Nama Penceramah :
1. Encik Nordin B. Jaafar
2. Tuan Haji Mohd Khairudin B. Ramli

Kursus ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kerian dan dikelolakan oleh warga Pusat Kegiatan Guru Telok Medan dengan bantuan dua orang guru pakar dalam pembinaan blog dari SK Parit Haji Taib, 34300 Bagan Serai, Perak.

Kursus ini melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada Guru Penyelaras Media sekolah-sekolah daerah kerian. Kejayaan daripada kursus tersebut, maka terhasillah blog ini.

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PUSAT SUMBER SMK BAGAN SERAI.

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP