Pengenalan


Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti rakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.


1. Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan
2. Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah
3. Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun


Matlamat


Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.


Objektif
1. Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan berkualiti & bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.


Ciri-Ciri Pelaksanaan
1. Rekod Bacaan (buku rekod murid)
2. Borang Rekod (penilaian/pengesahan guru)
3. Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)
(cth: Tokoh Membaca/ Tokoh NILAM)



Model Nilam


Tahap Pelaksanaan dan Pencapaian NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari - membaca banyak buku & direkodkan (bil/ tajuk/ penulis/ringkasan)
2. Rakan Pembaca - sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan


NILAM TAHAP JAUHARI

Sekolah Rendah

Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).

90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)



Sekolah Menengah
Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu.


72 - 143 buku - Gangsa
144 - 215 buku - Perak
216 - 287 buku - Emas
287 buku ke atas - NILAM (permata)