CARIAN TOPIK :

 

Saturday, October 17, 2015

Kursus Penggunaan Kamera DLSR dan Photoshop di PKG Semanggol

Pada 12 dan 13 Oktober 2015, semua Guru Perpustakaan dan Media Zon PKG Telok Medan dan PKG Semanggol telah menyertai Kursus Penggunaan Kamera DLSR dan Photoshop di PKG Semanggol.

Kursus yang menarik ini bertujuan untuk memantapkan Guru Perpustaakan dan Media dalam bidang ilmu tersebut dengan harapan boleh memberi manfaat kepada Pusat Sumber  dan PdP guru-guru secara tidak langsung. Semoga dapat bertemu dengan kursus seperti ini lagi di masa hadapan.
Teima kasih.


Read more...

Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun Pusat Sumber 2015

Majlis ini telah dilaksanakan secara santai di KFC Bagan Serai pada 17 Oktober 2015 jam 11.30 pagi. Hampir semua Pengawas PSS Sesi 2015 menghadirkan diri. Terima kasih atas kehadiran dan sokongan anda semua.





Selamat semua ya.

Read more...

Mesyuarat Agong PSS 2015

Mesyuarat Agung PSS telah diadakan pada  hari Rabu 30 September 2015. Berikut adalah Ahli Jawatankuasa PSS Sesi 2015/2016 yang terpilih.

Pengerusi : H'ng Wann Jye
Naib Pengerusi : Tan See Thean
Setiausaha : Jane Khor Tsue Ing
Penolong Setiausaha :  Vanisha Ann
Bendahari : Tan Mei Jia

Diharap AJK yang baru ini dapat meneruskan tangungjawab yang telah diamanahkan dengan baik dan berdedikasi. Tahniah!

Read more...

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Kerian

Pemilihan ini telah dilaksanakan pada 29 Ogos 2015 di PKG Bagan Serai. Walaupun tidak berjaya mewakili Daerah Kerian ke Peringkat Negeri, sekalung Tahniah diucapkan kepada adik Kalaivani a/p Ramasandran kerana berjaya mendapat tempat Kedua.

Read more...

Keputusan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG Telok Medan

Pada 29 Julai 2015 (Rabu), telah diadakan pemilihan Tokoh NILAM peringkat PKG Telok Medan. Seramai 32 peserta mengambil bahagian yang terbahagi kepada kategori berikut:
1. Kategori Sekolah Rendah - Bahasa Melayu
2. Ketegori Sekolah Rendah - Bahasa Inggeris
3. Kategori Sekolah Menengah - Bahasa Melayu
4, Kategori Sekolah Menengah - Bahasa Inggeris


SMK Bagan Serai di wakili oleh Tan Mei Jia untuk kategori Bahasa Melayu dan Kalaivani a/p Ramasandran untuk Kategori Bahasa Inggeris. Tahniah kepada adik Kalaivani a/p Ramasandran yang berjaya menjadi Johan dan mewakili PKG Telok Medan di Peringkat Daerah.

Read more...

Thursday, July 2, 2015

Selamat Datang...

Salam Sejahtera semua...

Dah hampir setahun tak kemaskini blog rupanya. Selamat Datang untuk diri sendiri dululah. Semoga masih ada pembaca.

Read more...

Monday, May 12, 2014

Minggu Peperiksaan Bermula.

Beberapa minggu ini... semua pelajar sibuk dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan bersungguh-sungguh kepada semua pelajar SMK Bagan Serai. Semoga Berjaya! Jangan tiru ya.


Tapi dalam pada itu, jangan lupa 16 Mei adalah Hari Guru ya. Terima Kasih.

Read more...

Selamat Hari Guru


Hari Guru di sambut setiap tahun pada 16 Mei. Walaupun tidak semeriah Minggu Setiausaha, saya tetap berbangga ditakdirkan memegang 'title' Guru.

Kepada semua guru Malaysia, termasuk yang sudah bersara kami di Pusat Sumber SMK Bagan Serai mengucapkan Selamat Hari Guru. Jasamu dikenang. Terima Kasih Cikgu!

Mari kita layan lagu 'Kami Guru Malaysia' dan 'Terima Kasih Cikgu'.

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP