CARIAN TOPIK :

 

Thursday, July 23, 2009

Sejarah Sekolah

Sebelum tertubuhnya sekolah Inggeris di Bagan Serai, Daerah Kerian hanya mempunyai sebuah sekolah Inggeris sahaja iaitu Anglo Chinese School yang terletak di Parit Buntar. Oleh yang demikian, banyaklah masalah yang timbul di kalangan kanak-kanak. Di antaranya ialah faktor jarak dan masalah pengangkutan. Ekoran daripada masalah itu, kanak-kanak di luar bandar sentiasa keciciran dalam bidang akademik terutamanya bahasa Inggeris.

Memandangkan betapa pentingnya sekolah Inggeris di Bagan Serai ketika itu, maka kerajaan telah meluluskan penubuhan sebuah sekolah Inggeris di Daerah Kerian. Tuan E.C Hicks ( Senior Inspector School Perak) yang merupakan ketua di Jabatan Pendidikan Perak telah memberikan kebenaran mendirikan bangunan sekolah Inggeris di Bagan Serai pada tahun 1952. Sebagai permulaan, hanya sebuah bangunan sementara dengan dua bilik darjah dan bilik asrama didirikan di lorong sekolah (belakang bangunan Sekolah Kebangsaan kini). Ketika itu, hanya dua buah kelas sahaja dibuka iaitu Darjah Khas Melayu dan Darjah Satu. Tuan E A Moissinac, bekas pesara guru merupakan Guru Besar pertama. Sekolah ini diterajui bersama-sama dengan dua pendidik iaitu En. D. A Devadsob, guru Darjah Khas Melayu dan Cik Zabidah bt M. Ismail, guru Darjah Satu.

En. W.H.B Monerasinghe pula merupakan Guru Besar kedua. Pada tahun itu, bilangan murid telah bertambah ramai. Pada tahun 1956, sebuah bangunan tetap telah dibina iaitu di Jalan Anderson (Jalan Matang Buluh sekarang) yang mengandungi 9 buah bilik darjah. En. Ooi Beng Hooi pula merupakan Guru Besar ketiga. Di bawah pentadbiran beliau banyak perubahan yang dapat dilihat. Diantaranya ialah pertambahan pelajar. Atas desakan keadaan, kelas-kelas terpaksa dibuka di sebelah petang serta terpaksa pula meminjam bilik darjah dari sekolah Tamil yang berhampiran serta semua bilik telah dijadikan bilik darjah.

Pada tahun 1961, En. Kartar Singh telah menjadi Guru Besar yang keempat. Ketika itu, sebuah pelan telah dirancang untuk membina sebuah Sekolah Menengah Khas dan sekolah tambahan kepada sekolah yang lama. Ini merupakan langkah bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah. Pada tahun 1962, sekolah ini telah dipecahkan kepada dua dan ditadbir secara berasingan. Bahagian sekolah menengah oleh Encik Kartar Singh dan bahagian sekolah rendah oleh Encik Tan Pee Tek.

Sungguhpun ia dipecahkan kepada dua bahagian, namun masih menggunakan bangunan yang sama. Sekolah rendah akan menggunakan bangunan ini pada sebelah petang manakala sesi pagi pula akan digunakan oleh sekolah menengah.

Pada tahun 1963, bahagian sekolah menengah telah berpindah ke bangunannya sendiri atas faktor pertambahan murid. Peningkatan bilangan pelajar pada setiap tahun mengubah sistem sekolah menengah daripada satu sesi kepada dua sesi. Ketika itu, sebuah dewan, dua bilik makmal sains, sebuah bilik guru dan 21 buah bilik darjah telah pun diperolehi.

Sebuah makmal sains tiga tingkat telah siap dibina dengan harga RM240,000.00 pada tahun 1975. Bangunan ini telah dibuka secara rasmi oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak, Tuan Syed Abu Bakar Barakbah KMN pada 23 Mac 1978.

Tanggal 17 Mac 1984, nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bagan Serai telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Bagan Serai (SMBS). Atas arahan JPN Perak, mulai 1 Februari 1997, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai atau SMKBS.

Dalam tahun 2000, satu blok tambahan  4 tingkat dan satu blok untuk makmal Komputer telah dibina untuk mengisi bilangan pelajar  yang semakin  meningkat. Blok ini menempatkan Pusat Sumber Sekolah, Bilik Gerakan , Bilik Data, Bilik Unit Bimbingan Kaunseling, Bilik Seni, 8 buah kelas dan sebuah Dewan Terbuka.  Manakala  blok makmal Komputer boleh memuatkan 2 buah makmal komputer dengan kemudahan ICT yang lengkap.

Pendidikan Khas Integrasi telah diwujudkan di SMK Bagan Serai  pada 17 Januari 2001 dengan seorang guru dan 4 orang pelajar.  Pada 18 Februari 2002, kelas pendidikan khas telah berpindah ke bangunan baru dengan prasarana yang lebih baik.  Bilangan pelajar semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 2012, Pengurusan pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) memiliki 7 buah bilik darjah dengan bilangan pelajar seramai 34 orang. Manakala, bilangan guru PPKI adalah seramai 10 orang termasuk seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas dan dibantu oleh 3 orang Pembantu Pengurusan Murid (PKM).  Pada tahun 2008, PPKI telah melahirkan pelajar cemerlang PMR  (perempuan) peringkat Negeri.

PPKI bergiat aktif  dalam Akademik dan Kokurikulum dan telah mendapat Anugerah PPKI Cemerlang Daerah pada tahun 2009. Pada tahun 2010,  PPKI telah  memenangi Hadiah Saguhati Pertandingan Kitchen Garden dan Edible Lanscape anjuran FAMA Peringkat Negeri.  Pada tahun 2008, PPKI telah menyertai Program The World Biggest Lesson anjuran Education International.  Pada tahun 2010 Program Bumi Hijau telah dilancarkan.

Pada 1993 sebuah surau SMK Bagan Serai telah dibina hasil dari sumbangan Tun Ghaffar Baba untuk keperluan guru-guru dan pelajar Islam. Seterusnya pada tahun 2010, sebuah surau baru yang dinamakan Surau Al-Taqwa telah dibina hasil  sumbangan Guru- Guru Islam, Staf Sokongan, Ibu Bapa dan pelajar- pelajar SMKBS serta masyarakat setempat. Pada 23 Julai 2011  Surau Al- Taqwa telah siap  dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kerian.


Dengan terbinanya surau ini segala program yang berunsurkan  keagamaan  dapat  dijalankan dengan  memuatkan 500 orang pelajar Islam pada satu-satu masa. Surau ini menjadi pusat kecemerlangan kepada pelajar islam sekolah ini.

Kemaskini pada 15 Mac 2014

7 comments:

Anonymous,  November 22, 2010 at 5:39 PM  

Sejarah yg di tulis atas telah banyak di singkatkan...Hampa.

yung January 19, 2011 at 7:49 PM  

salam...

Jika saudara mempunyai naskah sejarah yang lebih detail...sila email ke nor7168@gmail.com

Maklumat ini saya dapati dari Majalah Sekolah 1978. Minta maaflah saya tak sempat menyelidik lebih lanjut. Terima kasih.

Anonymous,  March 16, 2012 at 5:22 PM  

saya Amirnudin Bin Shaari,adalah bekas pelajar sekolah smjk bagan serai dari tahun 1981 hingga 1985,kelas tingkatan sains 2 (1985),seingat saya masa tu mr Ding Booi Soon adalah gurubesar.antara kawan kelas saya abd rahman,najid,nor asli,mohd atan,pubalan,borhanudin,azhar dan ramai lagi

Dekya January 15, 2013 at 6:59 PM  

boleh tak detailkan lagi mengenai sejarah ni sebab saya sedang buat tesis mengenai sejarah bagan serai .

EMERGENCY TEAM March 24, 2013 at 3:09 PM  

salam.saya bekas pelajar darjah satu pada tahun 1979. saya masih ingat kenangan semasa sekolah disitu. ada ke kengkawan sama sekolah dulu yg masih ingat zaman tersebut..kelas 1 kuning kalau tak salah..terima kasih.

Anonymous,  August 2, 2014 at 9:14 PM  

Saya pelajar sekolah ini dr tahun 1976-1977. Byk kenangan manis disekolahkan ini.

Jura Tajul March 8, 2020 at 8:33 PM  

Saya ex-student SMBS dari 1989 hingga 1991. Pengetua saya dulu Mr Ding Booi Soon, and followed by Mr Cecil Talbot. My last form 5 class teacher was Miss Mahindar Kaur. Kenangan paling banyak di sini especially my last year in school was my last year in Bagan Serai too.

Jura Tajul

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP