CARIAN TOPIK :

 

Tuesday, March 30, 2010

Latihan Kebakaran

Satu latihan kebakaran telah dilaksanakan pada hari ini, Selasa - 30 Mac 2010 dengan kerjasama Persatuan Kadet Bomba SMK Bagan Serai dan Jabatan Bomba & Penyelamat Bagan Serai di SMK Bagan Serai.

Menurut pihak Jabatan Bomba & Penyelamat, walaupun semua warga SMK Bagan Serai telah memberi kerjasama yang baik kepada usaha yang dijalankan oleh kedua-dua pihak, latihan ini akan dilaksanakan lagi pada masa hadapan untuk memperbaiki kelemahan yang telah dikenalpasti semasa latihan tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sempena aktiviti tersebut:


Sesi demontrasi memadam api dengan mengunakan ABC Powder.


Sesi demontrasi memadam api dengan mengunakan air.




Read more...

Mari Bersenam

SENAMAN

Selain daripada mengamalkan diet seimbang, senaman juga dapat membantu mengurangkan stres. Senaman amat penting dalam kehidupan seharian kerana ia dapat menyihatkan badan. Senaman merupakan sebarang aktiviti fizikal yang dijalankan secara berterusan untuk beberapa waktu dan dapat meningkatkan denyutan nadi.


Lihat. Pelbagai gaya dan ragam bersenam oleh guru-guru SMKBS semasa sesi senaman kecergasan pada hari Sabtu - 27 Mac 2010. Apa yang penting - sangat seronok!!

KEBAIKAN SENAMAN

i) Memberikan lebih tenaga
ii) Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit
iii) Memperbaiki sistem pernafasan dan jantung
iv) Memperkukuhkan keyakinan diri
v) Mengatur cara tidur yang betul
vi) Meningkatkan daya konsentrasi atau perhatian yang lebih baik
vii) Meningkatkan kekuatan dan stamina
viii) Menjadikan seseorang berfikiran positif dan mengamalkan cara hidup sihat.

PANDUAN SEBELUM MELAKUKAN SENAMAN

1. Memanaskan badan (5 minit)

Pemanasan otot merupakan latihan atau regangan agar badan lebih bertenaga di samping dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa melakukan senaman.

2. Senaman aerobik (20-30 minit)

Menggerakkan keseluruhan badan dalam jangka masa yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya dilakukan 3 atau 4 kali seminggu untuk mengekalkan kesihatan. Aktiviti yang selalu dilakukan termasuk berjalan pantas, jogging, menunggang basikal, tali skipping, berenang, bola keranjang dan aktiviti turun naik tangga.

3. Merehatkan diri / Menyejukkan badan (5 minit)

Lebih kurang sama dengan memanaskan badan. Dapat menurunkan tahap aktiviti dan membantu mengelakkan kecederaan dan kesakitan badan setelah melakukan senaman aerobik.

ZON SENAMAN

Mengawasi kadar denyut nadi untuk senaman selamat dan berkesan.
Kadar nadi yang perlu dicapai ketika bersenam ialah 60%-85% daripada kadar maksimum nadi. Contoh: Umur 24 tahun. Kadar maksimum nadi 200 - 24 = 176 denyut nadi. Kadar nadi yang perlu dicapai ialah di antara 105% - 150%.

Capai kadar nadi yang perlu dicapai secara perlahan-lahan.

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MELAKUKAN SENAMAN

Berjumpa dengan doktor untuk menentukan tahap kesihatan jika anda:

1. berumur lebih daripada 35 tahun (lelaki) atau lebih dari 40 tahun (perempuan dan tidak pernah melakukan senaman.
2. Kesihatan yang tidak menentu, menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit hati atau lebih daripada satu faktor berisiko penyakit hati.
3. Jangan bersenam apabila anda sakit atau tak sihat.
4. Pilih senaman yang mudah mengikut kemampuan.
5. Jangan bersenam dalam masa dua jam selepas makan.
6. Pakailah pakaian yang sesuai dan selesa dengan senaman yang hendak dilakukan.
7. Bersenam dengan betul. Jangan lupa, ambil masa untuk memanaskan badan sebelum bersenam dan rehatkan diri selepas bersenam.

UNTUK SENAMAN YANG BERKESAN, PASTIKAN ANDA:

i) Bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.
ii) Bersenam pada sasaran kadar nadi antara 20 hingga 30 minit tanpa gangguan.
iii) Buatlah senaman aerobik seperti berjalan pantas, jogging, berenang, menaiki basikal, senaman aerobik dan melakukan aktiviti naik dan turun tangga.

Anda boleh melakukan senaman mudah seperti di atas dalam kehidupan anda seharian. Melakukan senaman mudan ini secara konsisten bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan anda tetapi juga membantu anda membebaskan diri dari stres yang anda alami. Mari bersenam.

Read more...

Sunday, March 14, 2010

Bengkel Pengalaman Asas dan Kerjaya Perhotelan - Paradise Sandy Beach Resort



Lawatan sambil belajar ke Paradise Sandy Beach Resort, Pulau Pinang berjalan lancar seperti yang dirancang. Adalah diharapkan agar aktiviti seperti ini mampu memberi pendedahan berguna kepada para pelajar dan guru pengiring. Selamat belajar sambil bercuti.

Butiran lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh : 13 dan 14 Mac 2010
Tempat : Paradise Sandy Beach Resort, Pulau Pinang.
Jumlah Pelajar : 27 orang




Di atas adalah gambar beberapa aktiviti yang dilakukan.

Read more...

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM 2009

Tahniah kepada semua guru dan pelajar SMK Bagan Serai atas usaha berterusan yang menyumbang kepada peningkatan peratus kelulusan SPM 2009 sebanyak 5.4% berbanding tahun sebelumnya. Tahniah!

Kepada semua pelajar Tingkatan 5 tahun 2010, adalah diharap agar kejayaan ini dapat dijadikan motivasi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam SPM 2010. Selamat Berjaya.


13 daripada 14 orang pelajar cemerlang SPM 2009 ( semua A) bergambar bersama-sama pengetua SMK Bagan Serai.


Pelajar Paling Cemerlang SPM 2009 - Lim Huai Fang dengan 11A+. Tahniah!



Suka duka pada hari keputusan peperiksaan diumumkan.

Read more...

Sunday, March 7, 2010

Aktiviti PSS dengan Kerjasama Sasbadi - Pameran Buku

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dan komuniti setempat mendapatkan bahan bacaan terkini. Selamat Datang.

Butiran aktiviti adalah seperti berikut:
Tarikh : 5 hingga 7 Mac 2010
Tempat : Dewan SMK Bagan Serai


Antara pengunjung ke Pameran Buku.

Read more...

Saturday, March 6, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Sumber - Wikipedia




Majlis Ilmu SMKBS Sempena Maulidur Rasul pada 6 Mac 2010.

Read more...

Mesyuarat PIBG kali ke-37 Tahun 2010

Mesyuarat telah diadakan dengan jayanya seperti butiran berikut:

Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Terbuka SMKBS


Gambar AJK PIBG yang terpilih untuk sesi 2010/2011. Tahniah dan selamat menjalankan tugas untuk kejayaan warga SMK Bagan Serai khususnya para pelajar.




Para guru dan ibu bapa yang hadir.

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP