CARIAN TOPIK :

 

Friday, April 30, 2010

Bolasepak MSSPK Daerah Kerian Bawah 18 Tahun

Tahniah! kepada semua pemain dan guru-guru yang terlibat di atas kejayaan 2-1 yang dicapai dalam perlawanan akhir menentang SMK Muzaffar Shah di padang Sekolah Menengah Teknik Kerian pada 28 April 2010.

Rentetan daripada itu lima orang pemain telah di pilih untuk menyertai kem latihan di peringkat negeri. Tahniah!!!

Gambar adalah ehsan dari Cikgu Nasil & Cikgu Dina.

Read more...

Thursday, April 29, 2010

Aktiviti NILAM

Aktiviti NILAM diteruskan dengan galakan guru-guru. Mulai April 2010, pelajar sesi petang digalakkan secara berterusan untuk hadir ke Pusat Sumber sebelum sesi pembelajaran bermula.

Berikut adalah jadual yang ditetapkan kepada mereka:

Tingkatan Satu - Isnin (12.30 -1.00 p.m) dan Rabu (12.00 m.d - 12.30 pm.
Tingkatan Dua - Selasa (12.30 - 1.00 p.m) dan Khamis (12.00 m.d - 12.30 p.m)

Kehadiran pelajar sungguh menggalakkan.

"Selamat Datang ke Pusat Sumber".

Read more...

Wednesday, April 28, 2010

Aktiviti Pusat Sumber - Keceriaan

Dalam sibuk memberi perkhidmatan di Pusat Sumber, aktiviti keceriaan tidak dlupakan.

"Selamat datang ke Pusat Sumber". Kata-kata aluan ini dlukis oleh pengawas-pengawas Pusat Sumber Tingkatan 4 di kedua-dua laluan tangga ke Pusat Sumber. Tugasan ini hanya mengambil masa dua hari sahaja. Terima kasih!!!

Bekerjasama dalam melaksanakan tugasan.

Read more...

Sekitar Hari Puteri Islam Daerah Kerian


Untuk memilih pemenang-pemenang bagi mewakili daerah Kerian ke peringkat negeri pada 8 Mei 2010, maka pada hari Sabtu - 24 April 2010 yang lalu, SMK Bagan Serai telah berbesar hati menjadi tuan rumah menerima kehadiran puteri-puteri dan guru-guru pengiring untuk bertanding dalam kategori berikut:

1. Pertandingan Buku Log (Rendah & Menengah)
2. Pertandingan Buku Skrap (Rendah & Menengah)
3. Pertandingan Poster (Menengah)
4. Pertandingan Bercerita (Rendah)
5. Pertandingan Pidato (Menengah)
6. Pertandingan Pertolongan Cemas (Rendah)
7. Pertandingan Mengikat Anduh (Menengah)
8. Pertandingan Hafazan (Rendah)
9. Pertandingan Tilawah (Menengah)
10. Pertandingan Kolaj (Rendah & Menengah)
11. Anugerah Tokoh Puteri Sulong
12. Acara guru berdaftar sahaja (Gubahan sirih junjung)

Pertandingan gubahan sirih junjung dan pertolongan cemas.

Pertandingan bercerita dan hafazan sekolah rendah.

Mengambil peluang dengan aktiviti jualan makanan untuk membasahkan tekak yang kering.

Tahniah kepada semua pemenang. Jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam memastikan kejayaan majlis.

Read more...

Thursday, April 22, 2010

Kampus Astro


Kementerian Pelajaran melalui perkongsian kerjasama dengan Astro bermatlamat membawa pendidikan dan pembelajaran bermutu bertaraf dunia ke semua sekolah di Malaysia melalui kempen yang dikenali sebagai Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah.

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Aktiviti Guru.

Saluran- saluran pendidikan dan maklumat terdiri daripada Astro Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel, Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.

Untuk makluman semua guru dan pelajar SMK Bagan Serai, perkhidmatan Kampus Astro sudah pun berada di sekolah kita mulai 1 Apri1 2010. Kepada semua yang berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan Kampus Astro silalah berhubung dengan GPM anda. Selamat datang.

Read more...

Thursday, April 15, 2010

Aktiviti Pusat Sumber - Lawatan Ke Pusat Sumber Contoh (SK Methodist Parit Buntar)

Tarikh : 15 April 2010
Hari : Khamis
Tempat : SK Methodist, Parit Buntar
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari

Seramai dua orang guru dan lapan orang Pengawas Pusat Sumber SMK Bagan Serai terlibat dalam lawatan ini.

Kami sangat berharap agar lawatan sambil belajar seperti ini dapat memyumbang idea dan motivasi kepada warga Pusat Sumber SMK Bagan Serai khususnya untuk terus berusaha memantapkan Pusat Sumber dalam usaha memberi perkhidmatan yang lebih baik dari semasa ke semasa kepada warga SMK Bagan Serai. Semoga Berjaya.

Read more...

Monday, April 12, 2010

Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah

Pelancaran program NILAM peringkat sekolah telah dirasmikan pada hari ini, Isnin - 12 April 2010, di Dewan Terbuka SMK Bagan Serai oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Salmah Bt Abdullah Shakur dengan jayanya.

Program di mulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis Puan Che Nor Suriati Bt Hashim dan disusuli oleh aktiviti berikut:

1. Promosi Pusat Sumber oleh adik Tan Wei Peng.
2. Ulasan artikel pilihan oleh adik Nur Adilah Bt Said.
3. Deklamasi puisi "Aku datang sebagai tetamu senja" oleh adik Asmawi B. Jamaluddin.
4. Bicara buku "Komsas Tingkatan 4" oleh Puan Suhaila Bt Shafie.
5 Bicara buku bertajuk "Pengurusan Masa Peribadi" oleh Encik Mohd Shariff.
6. Nyanyian lagu "Budaya Membaca" beramai-ramai.

Semoga budaya membaca menjadi budaya kita kerana sesungguhnya 'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya'. Terima kasih kepada semua warga SMK Bagan Serai atas kerjasama yang telah diberikan.

Di bawah adalah gambar-gambar sekitar majlis.

Read more...

Saturday, April 10, 2010

Pendidikan Khas - Projek Perkebunan

Selain kepuasan diri kepada pengusahanya yang tidak ternilai Projek Perkebunan Pendidikan Khas mendatangkan hasil yang sungguh mengujakan.

Bak kata pepatah "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Beginilah hasilnya jika berbudi kepada tanah di bumi bertuah Malaysia. Hati berbunga mekar bila melihat pokok-pokok yang ditanam dengan titik peluh mengeluarkan hasil. Tahniah kepada semua warga di kelas Pendidikan Khas SMK Bagan Serai.




Read more...

Hari Anugerah Kecemerlangan SMKBS


Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Bagan Serai untuk menghargai pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam PMR 2009 dan SPM 2009 serta Panitia Cemerlang SMK Bagan Serai telah di adakan pada hari Jumaat, 9 April 2010.

Tahniah kepada semua pelajar dan panitia yang berjaya. Semoga ianya menjadi contoh dan motivasi kepada semua warga SMK Bagan Serai yang lain.

Read more...

Pendidikan Khas - Taman Herba Warisan


Atas usaha yang gigih dan berterusan oleh guru-guru, staf dan pelajar Kelas Pendidikan Khas SMK Bagan Serai, maka terhasillah Taman Herba Warisan yang berada dilokasi berhampiran dengan bangunan Kelas Pendidikan Khas.

Kepada guru-guru dan pelajar SMK Bagan Serai yang berminat dan berhasrat untuk mengenali tanaman herba, silalah berkunjung ke taman herba tersebut. Rasanya guru-guru, staf dan pelajar Pendidikan Khas amat berbesar hati menerima kunjungan anda.

Read more...

Pendidikan Khas - Aktiviti Mencanting Batik

Pada 7 April 2010, Kelas Pendidikan Khas SMK Bagan Serai dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni telah melaksanakan aktiviti mencanting batik. Guru-guru dan pelajar-pelajar dari kelas pendidikan khas kelihatan sungguh gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut:



Read more...

Wednesday, April 7, 2010

Hari Buku Sedunia

Hari Buku Sedunia diilhamkan oleh UNESCO sebagai sambutan seluruh dunia untuk memuliakan buku dan budaya membaca.

Di United Kingdom dan Ireland, sambutan Hari Buku Sedunia 2010 di rayakan pada pada 4 Mac. Namun begitu kebanyakan negara di dunia menyambutnya pada setiap 23 April.

Matlamat utama sambutan Hari Buku Sedunia di United Kingdom adalah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka dan merasai keseronokan membaca serta memberi peluang kepada mereka untuk memiliki buku sendiri.

Justeru itu pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak terbabit sejak pertengahan bulan Januari lagi. Antaranya menghubungi semua sekolah di United Kingdom dan menjemput mereka menyertai aktiviti yang dirancang seperti memberi token untuk menukarnya kepada buku-buku dan bermain untuk memupuk budaya membaca.

Di Malaysia, sambutan Hari Buku Sedunia masih belum popular lagi. Namun begitu, adalah menjadi harapan agar walau dimana pun kita berada, budaya membaca dapat diterapkan di dalam jiwa segenap insan. “Sesungguhnya Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.” Untuk mendapatkan maklumat antarabangsa mengenai Hari Buku Sedunia, sila layari www.unesco.org.

Read more...

Saturday, April 3, 2010

Jamuan Meraikan Sidang Redaksi Majalah Seraian 2008/09



"Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi". Mungkin itulah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan AJK Sidang Redaksi Majalah Seraian 2008/9 apabila diraikan dalam Jamuan Makan Tengah hari di Dewan Teratai, Taiping Golf Resort pada hari ini, 3 April 2010. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Atas kejayaan sebelum ini penerbitan Seraian akan diteruskan untuk tahun 2010. Semoga Majalah Seraian tahun ini lebih berinformasi. Semoga Berjaya.






Gambar-gambar sekitar majlis.

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP