CARIAN TOPIK :

 

Tuesday, October 19, 2010

Sambutan 50 Tahun Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan


Pada Julai 1960, bunga raya telah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj.

Bunga raya dipilih sebagai Bunga Kebangsaan kerana warnanya yang merah melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah melancarkan majlis sambutan meraikan ulang tahun ke-50 Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, pada 30 September yang lalu.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam satu kenyataan, berkata acara yang julung kali diadakan itu diharapkan dapat memupuk kesedaran dan kefahaman rakyat mengenai Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan.

Read more...

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 peringkat sekolah telah di laksanakan dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Salmah Bt Abdullah Shakur pada 18 Oktober 2010 di Dewan Terbuka SMK Bagan Serai. Pelbagai aktiviti dijalankan sempena sesi pelancaran tersebut.

Adalah menjadi harapan, agar Bahasa Melayu mampu dimartabatkan di samping Bahasa Inggeris dipersadakan. Maklumat lanjut pelancaran boleh dilihat di sini.

Read more...

Tuesday, October 5, 2010

Cabaran PMR 2010 Bermula Hari Ini



Debaran dan cabaran PMR 2010 bermula hari ini. Kepada semua pelajar Tingkatan 3 SMK Bagan Serai, cabaran anda diiringi doa ibu bapa, guru-guru, sahabat handai dan rakan-rakan. Semoga anda semua berjaya. Amin.

Persediaan sebelum memasuki dewan.

Sedang berjuang di dewan peperiksaan.

Read more...

Kem Membaca 1Malaysia 2010

Pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia pada tahun ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 8 hingga 12 November 2010 iaitu selepas peperiksaan UPSR dan PMR. Dalam jangka masa 5 hari ini semua sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti galakan membaca. Diantaranya aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah:

1. Ulasan Buku
2. Bercerita daripada buku
3. Resensi Buku
4. Jejak Maklumat
5. Bengkel Penulisan
6. Bengkel Membaca, dll

Kerjasama sekolah diminta supaya dapat melaksanakan program ini dengan bersungguh sungguh dengan melibatkan semua murid dan guru. Satu laporan pelaksanaan kem ini perlu disediakan dan diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Perak melalui Pusat Kegiatan Guru dalam kawasan masing-masing. Semua sekolah diminta dapat menghantar laporan tersebut mengikut format yang diberikan seperti di lampiran A dan hantarkan kepada Pusat Kegiatan Guru dalam kawasan masing-masing pada atau sebelum 15 November 2010. (Sumber dari PKG Teluk Medan)

Read more...

Saturday, October 2, 2010

Oktober Bulan Peperiksaan

Selamat menghadapi peperiksaan PMR kepada semua pelajar SMKBS mulai (5 - 12 Oktober 2010). Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun untuk semua pelajar Tingkatan 4 (mulai 13 Oktober 2010), Tingkatan 1 & 2 (mulai 25 Oktober 2010). Semoga Berjaya!

Read more...

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010

Bulan Oktober telah diisytiharkan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 2009. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ini bertemakan "1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara" selaras dengan konsep 1 Malaysia.

Pelancaran BBK 2010 peringkat kebangsaan akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak pada 5 Oktober yang dijangka akan dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia. Marilah sama-sama kita menyumbang kepada mermartabatkan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa.

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP