Thursday, April 28, 2011
Friday, April 22, 2011
Selamat Hari Buku
Kalau hari ini kita telah menyambut Hari Bumi, esok kita akan menyambut Hari Buku pula. Pusat Sumber SMK Bagan Serai sekali lagi mengambil inisiatif mengedarkan brosur Hari Buku dan penanda buku kepada pelajar dan guru yang berkunjung ke Pusat Sumber. Selain itu, Pusat Sumber juga telah mengadakan Pameran Bertema di diruang papan kenyataan di luar Pusat Sumber. Marilah kita bersama-sama menjadikan membaca sebagai budaya.
Thursday, April 21, 2011
Selamat Hari Bumi
Sempena Sambutan Hari Bumi ke -41 yang akan disambut esok 22 April 2011, Pusat Sumber SMK Bagan Serai telah mengambil inisiatif mengedarkan brosur Hari Bumi kepada warga SMK Bagan Serai. Harapan kami agar pengedaran brosur ini mampu menyebarkan maklumat kepada semua warga SMK Bagan Serai tentang kewujudan sambutan ini di samping mampu menyedarkan tanggungjawab kita kepada Bumi. Sayangi Bumi kita.
Perasmian Minggu Sains dan Matematik
Perasmian Minggu Sains dan Matematik 2011 SMK Bagan Serai telah dirasmikan dengan jayanya oleh Profesor Hanafi daripada USM Transkerian pada 20 April 2011 di Dewan Besar SMK Bagan Serai.
Tuesday, April 19, 2011
Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Bersempena sambutan Hari Buku Sedunia pada setiap 23 April, Pesta Buku Antarabangsa akan berlansung selama seminggu bermula 22 April 2011 hingga 01 Mei 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC). Semoga PBAKL 2011 ini dapat dimanfaatkan bersama-sama. Jom kita ke sana.