CARIAN TOPIK :

 

Wednesday, September 28, 2011

Scholastic Read Together 2011

SMK Bagan Serai telah terpilih untuk menyertai program 'Scholastic Read Together 2011' pada 2 November 2011 selepas berjaya menyertainya pada tahun lepas.


Seramai 180 orang pelajar yang terdiri daripada 5 kelas akan terlibat dalam program ini, iaitu kelas 3 Amanah hingga 3 Efisien. Semoga berjaya merealisasikan impian. Read a book everyday to lead a better life!

Read more...

Hari Keluarga KGKT SMK Bagan Serai

Penat bekerja, sesekali merehatkan minda bersama rakan-rakan dan keluarga pasti mampu mengurangkan tekanan.


Hari keluarga ini telah dilaksanakan pada 16 dan 17 September 2011 di Paradise Sandy Beach Resort, Pulau Pinang. Tahniah kepada AJK KGKT 2011.

Walaupun posting ini agak terlewat namun biarlah gambar berbicara untuk menunjukkan betapa meriahnya suasana. Semoga tahun hadapan dapat ke destinasi lain pula ya.



Read more...

Thursday, September 15, 2011

Hari Merdeka dan Hari Malaysia



'Di atas robohan Kota Melaka, kita bina jiwa Merdeka'
- Dr Burhanuddin Helmi.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia.

Dalam apa keadaan pun, adalah diharap agar Malaysia terus makmur dan sejahtera. Amin.

Read more...

Wednesday, September 14, 2011

Pilot School Visit For i-Think 2011

Di pagi yang damai, warga SMK Bagan Serai menyambut kedatangan kumpulan pelawat bagi tujuan perlaksanaan 'Sekolah Rintis untuk Projek i-Think (Future Skill)' yang melibatkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia.

Kumpulan tersebut terdiri daripada Mr. Nick Symes - Kestrel Education United Kingdom, Mdm. Ann Shaw - 21st Education Amerika syarikat , Mdm. Marzita Omar - Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mdm. Lailiyah Baharuddin - Agensi Inovasi Malaysia.


Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sekitar lawatan tersebut:

Sesi bergambar dan taklimat bersama barisan pentadbir SMKBS, PIBG dan Pegawai dari PPD Kerian.

Sesi temuduga pelajar dan lawatan ke kelas pembelajaran & pengajaran.

Semoga lawatan seumpama ini mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, sekolah dan kumpulan lawatan.

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP