CARIAN TOPIK :

 

Monday, April 12, 2010

Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah

Pelancaran program NILAM peringkat sekolah telah dirasmikan pada hari ini, Isnin - 12 April 2010, di Dewan Terbuka SMK Bagan Serai oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Salmah Bt Abdullah Shakur dengan jayanya.

Program di mulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis Puan Che Nor Suriati Bt Hashim dan disusuli oleh aktiviti berikut:

1. Promosi Pusat Sumber oleh adik Tan Wei Peng.
2. Ulasan artikel pilihan oleh adik Nur Adilah Bt Said.
3. Deklamasi puisi "Aku datang sebagai tetamu senja" oleh adik Asmawi B. Jamaluddin.
4. Bicara buku "Komsas Tingkatan 4" oleh Puan Suhaila Bt Shafie.
5 Bicara buku bertajuk "Pengurusan Masa Peribadi" oleh Encik Mohd Shariff.
6. Nyanyian lagu "Budaya Membaca" beramai-ramai.

Semoga budaya membaca menjadi budaya kita kerana sesungguhnya 'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya'. Terima kasih kepada semua warga SMK Bagan Serai atas kerjasama yang telah diberikan.

Di bawah adalah gambar-gambar sekitar majlis.

Read more...

Saturday, April 10, 2010

Pendidikan Khas - Projek Perkebunan

Selain kepuasan diri kepada pengusahanya yang tidak ternilai Projek Perkebunan Pendidikan Khas mendatangkan hasil yang sungguh mengujakan.

Bak kata pepatah "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Beginilah hasilnya jika berbudi kepada tanah di bumi bertuah Malaysia. Hati berbunga mekar bila melihat pokok-pokok yang ditanam dengan titik peluh mengeluarkan hasil. Tahniah kepada semua warga di kelas Pendidikan Khas SMK Bagan Serai.




Read more...

Hari Anugerah Kecemerlangan SMKBS


Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Bagan Serai untuk menghargai pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam PMR 2009 dan SPM 2009 serta Panitia Cemerlang SMK Bagan Serai telah di adakan pada hari Jumaat, 9 April 2010.

Tahniah kepada semua pelajar dan panitia yang berjaya. Semoga ianya menjadi contoh dan motivasi kepada semua warga SMK Bagan Serai yang lain.

Read more...

Pendidikan Khas - Taman Herba Warisan


Atas usaha yang gigih dan berterusan oleh guru-guru, staf dan pelajar Kelas Pendidikan Khas SMK Bagan Serai, maka terhasillah Taman Herba Warisan yang berada dilokasi berhampiran dengan bangunan Kelas Pendidikan Khas.

Kepada guru-guru dan pelajar SMK Bagan Serai yang berminat dan berhasrat untuk mengenali tanaman herba, silalah berkunjung ke taman herba tersebut. Rasanya guru-guru, staf dan pelajar Pendidikan Khas amat berbesar hati menerima kunjungan anda.

Read more...

Pendidikan Khas - Aktiviti Mencanting Batik

Pada 7 April 2010, Kelas Pendidikan Khas SMK Bagan Serai dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni telah melaksanakan aktiviti mencanting batik. Guru-guru dan pelajar-pelajar dari kelas pendidikan khas kelihatan sungguh gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut:



Read more...

Wednesday, April 7, 2010

Hari Buku Sedunia

Hari Buku Sedunia diilhamkan oleh UNESCO sebagai sambutan seluruh dunia untuk memuliakan buku dan budaya membaca.

Di United Kingdom dan Ireland, sambutan Hari Buku Sedunia 2010 di rayakan pada pada 4 Mac. Namun begitu kebanyakan negara di dunia menyambutnya pada setiap 23 April.

Matlamat utama sambutan Hari Buku Sedunia di United Kingdom adalah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka dan merasai keseronokan membaca serta memberi peluang kepada mereka untuk memiliki buku sendiri.

Justeru itu pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak terbabit sejak pertengahan bulan Januari lagi. Antaranya menghubungi semua sekolah di United Kingdom dan menjemput mereka menyertai aktiviti yang dirancang seperti memberi token untuk menukarnya kepada buku-buku dan bermain untuk memupuk budaya membaca.

Di Malaysia, sambutan Hari Buku Sedunia masih belum popular lagi. Namun begitu, adalah menjadi harapan agar walau dimana pun kita berada, budaya membaca dapat diterapkan di dalam jiwa segenap insan. “Sesungguhnya Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.” Untuk mendapatkan maklumat antarabangsa mengenai Hari Buku Sedunia, sila layari www.unesco.org.

Read more...

Saturday, April 3, 2010

Jamuan Meraikan Sidang Redaksi Majalah Seraian 2008/09



"Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi". Mungkin itulah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan AJK Sidang Redaksi Majalah Seraian 2008/9 apabila diraikan dalam Jamuan Makan Tengah hari di Dewan Teratai, Taiping Golf Resort pada hari ini, 3 April 2010. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Atas kejayaan sebelum ini penerbitan Seraian akan diteruskan untuk tahun 2010. Semoga Majalah Seraian tahun ini lebih berinformasi. Semoga Berjaya.






Gambar-gambar sekitar majlis.

Read more...

Tuesday, March 30, 2010

Latihan Kebakaran

Satu latihan kebakaran telah dilaksanakan pada hari ini, Selasa - 30 Mac 2010 dengan kerjasama Persatuan Kadet Bomba SMK Bagan Serai dan Jabatan Bomba & Penyelamat Bagan Serai di SMK Bagan Serai.

Menurut pihak Jabatan Bomba & Penyelamat, walaupun semua warga SMK Bagan Serai telah memberi kerjasama yang baik kepada usaha yang dijalankan oleh kedua-dua pihak, latihan ini akan dilaksanakan lagi pada masa hadapan untuk memperbaiki kelemahan yang telah dikenalpasti semasa latihan tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sempena aktiviti tersebut:


Sesi demontrasi memadam api dengan mengunakan ABC Powder.


Sesi demontrasi memadam api dengan mengunakan air.




Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP