CARIAN TOPIK :

 

Monday, January 25, 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010


Wajah-wajah Juara.

Kejohanan Merentas Desa Tahun 2010 telah dijayakan dengan selamatnya pada hari Sabtu - 23 Januari 2010. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menggondol hadiah berdasar kategori umur masing-masing. Tahniah juga kepada Rumah Raja yang menggondol Juara Keseluruhan pada hari tersebut. Tahniah! Tahniah! Tahniah!


Kembar Kugan dan Kumar - Jaguh Rumah Menteri dan Rumah Raja.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru terutamanya Jawatankuasa Ko-kurikulum SMKBS yang telah menjalankan tugas dengan baik. Jumpa lagi pada Kejohanan Olahraga Tahunan nanti. Gambar sekitar Kejohanan tersebut boleh di lihat dalam paparan slide. Terima kasih semua.

Read more...

Sunday, January 17, 2010

Khasiat Buah-buahan Tempatan

Makanan adalah penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia. Salah satu makanan yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan. Bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal. Bagaimanakah kita boleh mendapat buah-buahan berkhasiat di samping berjimat?

Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunya iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang tinggi.

Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan.


Pisang
* Memberi sumber tenaga yang segera.
* Membantu untuk mengatasi masalah sembelit.
* Mengandungi Tryptophan sejenis protein yang membolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira.
* Boleh merangsang pengeluaran hemoglobin di dalam darah dan ini membantu mencegah anemia.


Betik
* Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.
* Mengandungi antioksidan.
* Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan.
* Baik untuk jantung.
* Membantu dalam pemulihan luka.


Jambu Batu
* Baik untuk sembelit.
* Berkesan dalam menurunkan kadar kolestrol dan tahap glukosa dalam darah.
* Bahan antioksidan yang berkesan.
* Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit.
* Jus jambu batu yang menah dapat melegakan penyaki batuk dan selesema.


Tembikai
* Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan penyakit kardiovaskular.
* Biji tembikai ialah sumber protein yang baik.
* Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.
* Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
* Dapat mengawal tekanan darah.


Nanas
* Mengandungi potasium yang tinggi dengan kandungan sodum yang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah.
* Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan.
* Membantu membina tulang yang sihat.
* Membantu untuk mengurangkan batuk dan mencairkan lendir.
* Melindungi badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat.
* Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semulajadi.
* Membantu untuk menghalang pembentukan plak.

Sumber - Buletin Penguna.

Read more...

Monday, January 4, 2010

Pelajar Cemerlang PMR 2009

Tahniah kepada semua pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR 2009.

1. Amirul Ehsan B. Nordin 8A
2. Bryan Ewe Onn 8A
3. Lee Shun Zhuan 8A
4. Lim Chang Poh 8A
5. Megavarnan A/l Mahivanan 8A
6. Muhamad Naim B. Zulkifle 8A
7. Muhammad Khir B. Jailani 8A
8. Teh Wei Peng 8A
9. Atika Zaharah Bt. Hussin Khan 8A
10. Beh Li Zi 8A
11. Ha Hey Thong 8A
12. Karthiyaini A/p Doraisamy 8A
13. Khor Ceek Vung 8A
14. Loh Li Chin 8A
15. Lim Huai Xing 8A
16. Sharmila Bt. Mohd Arshad 8A
17. Tan See Quan 8A
18. Wicknaprataban 8A
19. Adrian Ong Ting Xuan 7A
20. Muhammad Ammirul Mukminin 7A1B
21. Muhammad Faris B. Nazri 7A1B
22. Teh Kang Hong 7A1B
23. Wong Xian Zhuan 7A1B
24. Fatin Elyani Bt. Zainal Arifin 7A1B
25. Hor Wee Fern 7A1B
26. Tan Beng Min 7A1B
27. Vikneswary A/p Elangovang 7A1B
28. Beh Renchao 6A2B
29. Wong Wei Chao 6A2B
30. Chen Shu Yun 6A2B
31. Koid Jia Ying 6A2B
32. Lee Yean Ying 6A2B
33. Shafiq B. Yahaya 6A2B
34. Siti Nur Ain Bt. Ruzlan Zabidi 6A2B
35. Ewe Yi Xuan 6A1B1C
36. Muhammad Amirul B. Zainal 6A1B1C
37. Tan Wan Jun 6A1B1C

Read more...

Friday, January 1, 2010

Sejarah Yahoo!

Sepanjang tahun kewujudannya, Yahoo! telah melalui beberapa perubahan halaman utama. Anda pasti pernah melihat sejarah bergambar melalui halaman WayBackMachine (http://web.archive.org/web/*/http://www.yahoo.com). Yahoo kini telah berkembang sebagai portal terbesar, menawarkan semua fasiliti dari mendownload, video, dan siaran streaming secara online untuk kewangan, berita, hiburan, dan peribadi – Wikipedia.

Siapa yang sangka Yahoo! awalnya bermula dari sebuah idea dan hobi mereka berdua. Pada masa itu, Filo dan Yang masih menjadi mahasiswa S2 jurusan Tehnik Elektro di Stanford University. Di tengah-tengah masa senggang membuat disertasi untuk gelaran Ph.D, mereka disibukkan dengan kegiatan baru, membuat daftar nama dan alamat website yang ditemukan di internet.

Mereka memang mempunya minat yang besar di bidang Internet. Lama kelamaan, daftar yang mereka simpan semakin banyak dan panjang. Akhirnya untuk lebih praktikal, mereka membahaginya menjadi beberapa kategori dan sub kategori. Di sinilah konsep Yahoo! lahir.

Laman web pertama mereka diberi tajuk Jerry's Guide to the World Wide Web. Tak lama kemudian mereka menggantinya dengan Yahoo!. Kata ini diperolehi dengan bantuan sebuah kamus, yang bermaksud yahoo sebagai "kasar dan kuno". Ada juga yang mengatakan Yahoo! sebagai singkatan dari "Yet Another Hierarchical Officious Oracle".

Yahoo!, ternyata usaha mereka diminati banyak orang. Banyak pengguna Web yang menginginkan suatu daftar laman web yang berguna dan layak diakses. Akhirnya dengan promosi dari mulut ke mulut antara mahasiswa, jumlah pengunjung Yahoo! mencapai satu juta di tahun 1994. Filo dan Yang akhirnya menyedari potensi perniagaan Yahoo! yang cukup kuat. Pada musim semi 1995, mereka berdua mendirikan perusahaan setelah mendapat suntikan dana dari para kapitalis Silicon Valley. Langkah berikutnya adalah membangun sebuah kumpualan pengurusan yang handal dengan mengrekrut para direktur piawai di bidang IT. Enam bulan kemudian perusahaan Yahoo! genap beroperasi dengan 49 karyawan.

Kini, Yahoo! telah menjadi perusahaan dunia yang bergerak di bidang komunikasi, komersial dan media berasaskan Internet. Setiap bulannya ada 232 juta pengguna internet di seluruh dunia yang menggunakan jasa pelayanan Yahoo!, mulai dari mesin pencari, portal, email gratis, perniagaan online, sampai pembuatan dan penyewaan laman web. Jaringan Yahoo! yang beribu pejabat di Sunnyvale, California ini sudah berdiri di 25 lokasi yang tersebar di benua Eropah, Asia, Amerika Latin, Australia, Kanada dan tentu saja Amerika Syarikat.

Sumber : David Filo - Jerry Yang (Sekolahindonesia.com)

Read more...

Ikrar Perkhidmatan Awam


Tarikh : 28 Disember 2009
Tempat : Dewan SMKBS

Sekali lagi Ikrar dilafaz untuk menyemai dan menyegarkan ingatan semua kakitangan SMKBS terhadap tugas yang diamanahkan.

Kami telah dilantik/berkhidmat dengan
kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini
Bahawa semasa dan selagi berkhidmat dengan
kerajaan Malaysia kami patuh dan mengamalkan
teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan
tugas-tugas ke arah

Kami berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat
dan pembangunan negara
Bekerja dengan membanteras kelemahan-kelemahan
dan musuh-musuh negara
Dan berpegang teguh kepada ajaran-ajaran agama.

MAKA KAMI rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS"

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP