CARIAN TOPIK :

 

Sunday, January 17, 2010

Khasiat Buah-buahan Tempatan

Makanan adalah penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia. Salah satu makanan yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan. Bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal. Bagaimanakah kita boleh mendapat buah-buahan berkhasiat di samping berjimat?

Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunya iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang tinggi.

Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan.


Pisang
* Memberi sumber tenaga yang segera.
* Membantu untuk mengatasi masalah sembelit.
* Mengandungi Tryptophan sejenis protein yang membolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira.
* Boleh merangsang pengeluaran hemoglobin di dalam darah dan ini membantu mencegah anemia.


Betik
* Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.
* Mengandungi antioksidan.
* Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan.
* Baik untuk jantung.
* Membantu dalam pemulihan luka.


Jambu Batu
* Baik untuk sembelit.
* Berkesan dalam menurunkan kadar kolestrol dan tahap glukosa dalam darah.
* Bahan antioksidan yang berkesan.
* Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit.
* Jus jambu batu yang menah dapat melegakan penyaki batuk dan selesema.


Tembikai
* Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan penyakit kardiovaskular.
* Biji tembikai ialah sumber protein yang baik.
* Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.
* Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
* Dapat mengawal tekanan darah.


Nanas
* Mengandungi potasium yang tinggi dengan kandungan sodum yang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah.
* Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan.
* Membantu membina tulang yang sihat.
* Membantu untuk mengurangkan batuk dan mencairkan lendir.
* Melindungi badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat.
* Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semulajadi.
* Membantu untuk menghalang pembentukan plak.

Sumber - Buletin Penguna.

0 comments:

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP