CARIAN TOPIK :

 

Wednesday, May 19, 2010

Penghargaan Kepada Pengawas Pusat Sumber 2010

Pengawas Pusat Sumber Sesi 2010 bergambar bersama-sama sebahagian guru pusat sumber dan barisan pentadbir SMK Bagan Serai.

Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 bergambar bersama-sama sebahagian guru pusat sumber dan pengerusi pusat sumber, Guru Penolong Kanan Pentadbiran - Tuan Haji Mohd Sa'ad Bin Hashim.

Selamat bertugas dan terima kasih.

Read more...

Tuesday, May 18, 2010

Menarik Dalam Sambutan Hari Guru

Terasa kemeriahannya. Sambutan Hari Guru tahun ini sungguh meriah.

Bermula dengan Perhimpunan Rasmi, guru-guru SMKBS dihiburkan dengan persembahan dari guru-guru praktikum dari UPSI. Walaupun tidak menepati tema hari guru, persembahan mereka sungguh mengujakan dan mampu membuat semua guru dan pelajar yang hadir tersenyum lebar dan ketawa besar. Tahniah!.

Persembahan spontan oleh empat pelajar Tingkatan 5 selepas itu, turut mencuit perasaan guru-guru. Walaupun sajak dibaca secara 'brutal', lagu dinyanyi lari tempo, saya percaya ramai guru terkesan. Terima kasih atas semua usaha anda.

Sambutan diteruskan dengan sesi pengambaran. Baju biru memang manis sekali. Di samping itu, pelbagai aktiviti lain turut di muatkan. Antaranya adalah Majlis Bacaan Yassin oleh pelajar islam tingkatan 3 dan 5, tayangan VCD di Dewan Sekolah, aktiviti permainan bola tampar (guru lelaki) dan sukaneka (guru perempuan).

Dikelas masing-masing, pelajar bekerjasama menyediakan jamuan sempena hari guru. Masing-masing pulang ke rumah dengan hati yang riang dan perut yang kenyang. Terima kasih daun keladi...SELAMAT HARI GURU dan biarlah gambar menceritakan segalanya.




Read more...

Saturday, May 15, 2010

Gotong-royong Perdana

Gotong-royong perdana telah dijalankan pada hari ini. Bermula tepat pukul 8.00 pagi dan tamat pada 12.00 tengah hari. Semua guru dan pelajar terpilih yang mewakili badan beruniform masing-masing telah bekerjasama berganding bahu tanpa mengira kaum untuk menjayakan sesi gotong-royong tersebut.

Setiap kumpulan telah diberikan kawasan dan tugasan masing-masing. Tahniah dan terima kasih atas tenaga yang telah dicurahkan. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan.



Read more...

Friday, May 14, 2010

Minggu Sains & Matematik

Minggu Sains & Matematik SMK Bagan Serai melabuhkan tirainya pada hari ini. Selama dua minggu (3 Mei hingga 14 Mei), pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk meningkatkan minat pelajar dan guru SMK Bagan Serai terhadap Sains & Matematik.

Daripada sambutan yang diterima, Minggu Sains & Matematik dilihat berjaya mencapai matlamatnya. Semoga kita semua berkesempatan dan berupaya lagi menjalankan aktiviti Minggu Sains & Matematik pada tahun hadapan.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang perlaksanaan minggu tersebut.


Sekitar pameran di Makmal Sains.

Sekitar pertandingan 'Sudoku Challenge' dan 'Calculator Challenge'.

Read more...

Kenapa Sambut Hari Guru Pada 16 Mei ?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru Malaysia

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Logo Hari Guru


Putih - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning - Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah - Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru - Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan ko-kurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meningkatkan mutu pelajaran dan kegiatan ko-kurikulum mengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

Read more...

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Read more...

Wednesday, May 12, 2010

Lagu Tema Hari Guru 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Read more...

Tema Hari Guru

Tema Hari Guru

2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Read more...

Thursday, May 6, 2010

Pekerja, Ibu dan Guru

Mei datang lagi, menyaksikan pelbagai variasi hari perayaan sempena menyambut seseorang. Ada hari pekerja, ada juga hari ibu dan ada juga hari guru. Buat semua yang terlibat dalam perayaan menyambut mereka sempena segala jasa yang telah mereka taburkan selama ini, ucapan SELAMAT untuk apa jua mereka lakukan.

Ibu perlu dihormati sepanjang masa. Manakala segala tunjuk ajar guru perlu digunakan sebaik mungkin dalam kehidupan. Ibu dan guru adalah pekerja sebenarnya. Semoga berbahagia kepada semuanya. Sambil tu, hayatilah sajak di bawah.

Read more...

Sepuluh perkara

Sepuluh perkara dapat menghalang sepuluh perkara:

1. Surah Al-Fatihah dapat menghalang kemurkaan Tuhan.
2. Surah Yassin dapat menghalang dahaga pada hari kiamat.
3. Surah Ad-Dukhaan dapat menghalang huru-hara hari kiamat.
4. Surah Al-Waqi'ah dapat menghalang kefakiran.
5. Surah Al-Mulk dapat menghalang azab kubur.
6. Surah Al-Kautsar dapat menghalang kejahatan musuh.
7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kekufuran ketika waktu nazak.
8. Surah Al-Ikhlas dapat menhalang sifat nifaq.
9. Surah Al-Falaq dapat menghalang hasad dengki manusia.
10.Surah An-Naas dapat menghalang was-was.

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP