CARIAN TOPIK :

 

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya


Walaupun dihati sudah berbunga rasa untuk meraikan hari kemenangan 'Eidulfitri' tapi tugas tetap didahului. Pelbagai aktiviti masih berjalan seperti biasa pada hari terakhir Ramadhan di sekolah sebelum bercuti mulai esok.

Di Surau sekolah, berlansung majlis bacaan surah yassin diikuti solat hajat yang melibatkan semua pelajar beragama islam. Di Dewan Perdana, program motivasi dijalankan untuk semua pelajar bukan beragama islam, di Pusat Sumber pula dijalankan aktiviti motivasi untuk kumpulan pelajar india yang terpilih, manakala AJK sidang redaksi majalah bekerja kuat merakamkan gambar-gambar untuk di muatkan dalam majalah 'Seraian 2011'.


Selain sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, Jumaat sesi pagi hari ini diakhiri dengan Pelancaran Program 'Moh Ke Sekolah' oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Noraini bt. Ithnan di Dewan Wawasan dan diteruskan dengan Majlis bermaaf-maafan sempena 'Eidulfitri'.

Kepada semua pelajar Tingkatan 3 da 5, jangan lupakan terus bekalan 'Pecutan Terakhir' untuk PMR dan Percubaan SPM yang bakal tiba. Terima kasih juga kepada semua yang memberi komitmen sepenuh hati.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

0 comments:

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP