CARIAN TOPIK :

 

Tuesday, October 16, 2012

Selepas PMR

Salam semua...

Minta maaf banyak-banyak kepada pelawat blog ini kerana sudah kurang mengemaskini blog. Sibuk kepada banyak perkara lain mewujudkan kekangan. Hari ini kekangan tersebut berjaya ditembusi.

PMR sudah melabuhkan tirai hari ini. Semoga keputusan yang bakal diumumkan Disember nanti mampu mengembirakan calon, ibu bapa, guru-guru dan pihak sekolah. Amin.

Mulai esok, 17 Oktober 2012 guru-guru Tingkatan 3 akan membantu pelajar Tingkatan 2 memantapkan pengetahuan beberapa mata pelajaran terpilih sebagai sesi memanaskan badan untuk menghadapi PMR 2013 nanti. Semoga memberi impak berkesan.

Kepada pelajar Tingkatan 3 pula, sudah banyak aktiviti disusun untuk mengisi masa anda selama lebih kurang tiga minggu sebelum sesi persekolahan 2012 melabuhkan tirai. Diantaranya ialah Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan READ 2012 yang akan bermula 22 hingga 25 Oktober 2012. Marilah sama-sama kita lihat apa aktivitinya.



0 comments:

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP