Monday, May 12, 2014
Selamat Hari Guru
Kepada semua guru Malaysia, termasuk yang sudah bersara kami di Pusat Sumber SMK Bagan Serai mengucapkan Selamat Hari Guru. Jasamu dikenang. Terima Kasih Cikgu!
Mari kita layan lagu 'Kami Guru Malaysia' dan 'Terima Kasih Cikgu'. Read more...
Saturday, March 15, 2014
Latihan Dalam Perkhidmatan - Frog VLE
Salam sejahtera...
Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk Frog VLE telah diadakan pada hari ini:
Tarikh : 15 Mac 2014
Tempat: Dewan Perdana, SMK Bagan Serai, Perak.
Penceramah program ialah Cikgu Burhanudin b. Umar dibantu oleh 10 orang pelajar 'Frog VLE Champion'.
Monday, March 3, 2014
Kadet Remaja Sekolah
Salam sejahtera semua.
Sudah lama tidak melawat ke blog sendiri. Tak ada alasan sebenarnya tetapi hari ini tetiba terasa nak berkongsi info mengenai Kadet Remaja Sekolah. Mungkin terkena aura pengetua baru SMk Bagan Serai, Tuan Haji Shahruddin b. Mohamad Bashah yang sentiasa kelihatan segak beruniform KRS setiap Rabu. Marilah kita berkongsi maklumat mengenai pemakaian uniform KRS.
KADET REMAJA SEKOLAH
PEMAKAIAN PEGAWAI KRS
Kategori Pegawai KRS
Kategori Pegawai KRS
Pegawai KRS (Guru Peminpin KRS) dibahagi kepada 2 kategori dengan pemakaian yang sedikit berbeza.
Pegawai Latihan
Tanda utama pemakaian ialah lanyard single dan lencana tanpa kolar tanpa pelapik merah.
Pegawai yang menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai pengurusan KRS di sekolah ialah semua penolong kanan, guru besar/pengetua. Di sekolah menengah bermula daripada ketua bidang. Pangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan pengurusan tersebut.
Tanda utama pada pemakaian ialah menggunakan lanyard anyam dan lemcana kolar berlapik merah.Pemakaian Pangkat Pengurusan di Sekolah
PEMAKAIAN PANGKAT PENGURUSAN DI SEKOLAH
Sekolah Rendah
1. Guru Besar - Komandan TKRS (Leftenan Kolone)
2. Semua Penolong Kanan - Timbalan Komandan TKRS (Mejar)
Sekolah Menengah
1. Pengetua - Komandan KRS (Leftenan Kolonal)
2. Semua Penolong Kanan - Timbalan Komandan KRS (Mejar)
3. Semua Ketua Bidang - Penolong Komandan KRS (Kapten)
JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS
PEMAKAIAN PANGKAT PENGURUSAN DI SEKOLAH
Sekolah Rendah
1. Guru Besar - Komandan TKRS (Leftenan Kolone)
2. Semua Penolong Kanan - Timbalan Komandan TKRS (Mejar)
Sekolah Menengah
1. Pengetua - Komandan KRS (Leftenan Kolonal)
2. Semua Penolong Kanan - Timbalan Komandan KRS (Mejar)
3. Semua Ketua Bidang - Penolong Komandan KRS (Kapten)
JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS
- Uniform No. 2 - Pakaian untuk acara rasmi Bush Jacket KRS digunakan.
- Uniform No. 3 - Pakaian pejabat (sekolah). Dipakai semasa menghadiri mesyuarat dan ke sekolah.
- Uniform No. 4 - Pakaian aktiviti dan latihan. Dipakai semasa menghakimi pertandingan kawad, menjalankan latihan dan perkhemahan.
Catatan: Semua guru KRS/TKRS layak memakai semua jenis pemakaian.
PANGKAT PEGAWAI KRS
PEMAKAIAN PELAJAR KRS SEKOLAH MENENGAH
PEMAKAIAN PELAJAR TKRS SEKOLAH RENDAH
Marilah kita bersama-sama memilih pakaian yang sesuai dengan pangkat masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)