CARIAN TOPIK :

 

Monday, March 3, 2014

Kadet Remaja Sekolah

Salam sejahtera semua.

Sudah lama tidak melawat ke blog sendiri. Tak ada alasan sebenarnya tetapi hari ini tetiba terasa nak berkongsi info mengenai Kadet Remaja Sekolah. Mungkin terkena aura pengetua baru SMk Bagan Serai, Tuan Haji Shahruddin b. Mohamad Bashah yang sentiasa kelihatan segak beruniform KRS setiap Rabu. Marilah kita berkongsi maklumat mengenai pemakaian uniform KRS.

KADET REMAJA SEKOLAH

PEMAKAIAN PEGAWAI KRS

Kategori Pegawai KRS

Pegawai KRS (Guru Peminpin KRS) dibahagi kepada 2 kategori dengan pemakaian yang sedikit berbeza.


Pegawai Latihan



Guru penasihat KRS sama ada yang bertauliah (mengikuti Kursus Asas Tahap 1) atau belum, pangkat yang disandang ialah antara Leftenan Muda ke Mejar bergantung kepada proses kenaikan pangkat (lulus ujian kenaikan pangkat).

Tanda utama pemakaian ialah lanyard single dan lencana tanpa kolar tanpa pelapik merah.

Pegawai Pegurusan

Pegawai yang menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai pengurusan KRS di sekolah ialah semua penolong kanan, guru besar/pengetua. Di sekolah menengah bermula daripada ketua bidang. Pangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan pengurusan tersebut.

Tanda utama pada pemakaian ialah menggunakan lanyard anyam dan lemcana kolar berlapik merah.Pemakaian Pangkat Pengurusan di Sekolah

PEMAKAIAN PANGKAT PENGURUSAN DI SEKOLAH


Sekolah Rendah


1. Guru Besar - Komandan TKRS (Leftenan Kolone)

2. Semua Penolong Kanan - Timbalan Komandan TKRS (Mejar)

Sekolah Menengah


1. Pengetua - Komandan KRS (Leftenan Kolonal)

2. Semua Penolong Kanan - Timbalan Komandan KRS (Mejar)
3. Semua Ketua Bidang - Penolong Komandan KRS (Kapten)

JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS

  • Uniform No. 2 - Pakaian untuk acara rasmi Bush Jacket KRS digunakan.
  • Uniform No. 3 - Pakaian pejabat (sekolah). Dipakai semasa menghadiri mesyuarat dan ke sekolah.
  • Uniform No. 4 - Pakaian aktiviti dan latihan. Dipakai semasa menghakimi pertandingan kawad, menjalankan latihan dan perkhemahan.
Catatan: Semua guru KRS/TKRS layak memakai semua jenis pemakaian.


PANGKAT PEGAWAI KRS







PEMAKAIAN PELAJAR KRS SEKOLAH MENENGAH


PEMAKAIAN PELAJAR TKRS SEKOLAH RENDAH


Marilah kita bersama-sama memilih pakaian yang sesuai dengan pangkat masing-masing.

0 comments:

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP