Kem Membaca 1Malaysia 2011
Kem Membaca 1Malaysia peringkat sekolah akan diadakan pada 31 Oktober 2011 sehingga 4 November 2011. KM1M ini akan melibatkan semua pelajar Tingkatan 3.

Kem Membaca 1Malaysia peringkat sekolah akan diadakan pada 31 Oktober 2011 sehingga 4 November 2011. KM1M ini akan melibatkan semua pelajar Tingkatan 3.


13 dan 14 Oktober 2011 - Buku Skrap dan Pertandingan Basikal Lambat.
Pelbagai aktiviti sedang dan akan terus dilaksanakan untuk memenuhi masa senggang pelajar Tingkatan 3 yang baru tamat menduduki Peperiksaan PMR. Selain bertujuan untuk menyegarkan minda dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar, adalah menjadi harapan pihak sekolah agar pelajar dapat mengumpul pengetahuan sama ada secara tersurat atau tersirat. Amin.

Sesi amanat dan restu untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR esok telah diadakan di Dewan Wawasan SMK Bagan Serai pada pagi 30 September 2011.
SMK Bagan Serai telah terpilih untuk menyertai program 'Scholastic Read Together 2011' pada 2 November 2011 selepas berjaya menyertainya pada tahun lepas.
Penat bekerja, sesekali merehatkan minda bersama rakan-rakan dan keluarga pasti mampu mengurangkan tekanan.

Read more...
Di pagi yang damai, warga SMK Bagan Serai menyambut kedatangan kumpulan pelawat bagi tujuan perlaksanaan 'Sekolah Rintis untuk Projek i-Think (Future Skill)' yang melibatkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Mr. Nick Symes - Kestrel Education United Kingdom, Mdm. Ann Shaw - 21st Education Amerika syarikat , Mdm. Marzita Omar - Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mdm. Lailiyah Baharuddin - Agensi Inovasi Malaysia.
Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sekitar lawatan tersebut:
Sesi bergambar dan taklimat bersama barisan pentadbir SMKBS, PIBG dan Pegawai dari PPD Kerian.

Sesi temuduga pelajar dan lawatan ke kelas pembelajaran & pengajaran.
Semoga lawatan seumpama ini mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, sekolah dan kumpulan lawatan.

Walaupun dihati sudah berbunga rasa untuk meraikan hari kemenangan 'Eidulfitri' tapi tugas tetap didahului. Pelbagai aktiviti masih berjalan seperti biasa pada hari terakhir Ramadhan di sekolah sebelum bercuti mulai esok.
Di Surau sekolah, berlansung majlis bacaan surah yassin diikuti solat hajat yang melibatkan semua pelajar beragama islam. Di Dewan Perdana, program motivasi dijalankan untuk semua pelajar bukan beragama islam, di Pusat Sumber pula dijalankan aktiviti motivasi untuk kumpulan pelajar india yang terpilih, manakala AJK sidang redaksi majalah bekerja kuat merakamkan gambar-gambar untuk di muatkan dalam majalah 'Seraian 2011'.
Selain sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, Jumaat sesi pagi hari ini diakhiri dengan Pelancaran Program 'Moh Ke Sekolah' oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Noraini bt. Ithnan di Dewan Wawasan dan diteruskan dengan Majlis bermaaf-maafan sempena 'Eidulfitri'.
Kepada semua pelajar Tingkatan 3 da 5, jangan lupakan terus bekalan 'Pecutan Terakhir' untuk PMR dan Percubaan SPM yang bakal tiba. Terima kasih juga kepada semua yang memberi komitmen sepenuh hati.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP