CARIAN TOPIK :

 

Sunday, November 8, 2009

Sejarah Google

Tahuah anda bahawa Google tak hanya unik dari asal katanya. Google pun memiliki latar belakang sejarah yang unik. Google lahir dari sebuah pertemuan dua pemuda yang terjadi secara tidak sengaja pada tahun 1995 lalu. Larry Page, alumnus Universitas Michigan (24), yang sedang menikmati kunjungan akhir pekan, tanpa sengaja dipertemukan dengan Sergey Brin, salah seorang murid (23) yang mendapat tugas mengantar keliling Lary.

Dalam pertemuan tanpa sengaja tadi, dua pendiri Google tersebut sering terlibat diskusi panjang. Keduanya memiliki pendapat dan pandangan yang berbeza sehingga sering terlibat perdebatan. Namun, perbezaan pemikiran mereka justeru menghasilkan sebuah pendekatan unik dalam menyelesaikan salah satu tentangan terbesar pada dunia komputer. Yakni, masalah bagaimana memperoleh kembali data dari set data masif.

Pada Januari 1996, Larry dan Sergey mulai melakukan kolaborasi dalam pembuatan search engine yang diberi nama BackRub. Setahun kemudian pendekatan unik mereka tentang analisis jaringan mengangkat reputasi BackRub. Kabar mengenai teknik baru mesin pencari langsung menyebar ke penjuru kampus.

Larry dan Sergey terus menyempurnakan teknologi Google sepanjang awal 1998. Keduanya juga mulai mencari investor untuk mengembangkan kecanggihan teknologi Google.

Gayung pun bersambut. Mereka mendapat suntikan dana dari teman kampus, Andy Bechtolsheim, yang merupakan pendiri Sun Microsystems. "Kami bertemu dengan Andy pada pagi buta, di serambi asrama mahasiswa fakulti Stanford, di Palo Alto," ujar Sergey. "Kami memberikan demo secara singkat kerana Andy tak memiliki waktu yang cukup lama. Lalu, dia hanya berkata, "Mengapa tidak aku tulis cek untuk kamu?"

Sekeping cek bernilai 100 ribu dolar AS diberikan oleh Andy Bechtolsheim. Sayangnya, cek itu tertulis atas nama perusahaan Google. Padahal saat itu perusahaan bernama Google belum didirikan oleh Sergey dan Larry.

Investasi dari Andy menjadi sebuah dilema. Larry dan Sergey tak mungkin mencairkan cek selama belum ada lembaga legal yang bernama perusahaan Google. Kerana itu, dua pendiri Google ini kembali bekerja keras dalam mencari investasi. Mereka mencari pendana dari kalangan keluarga, teman, dan sejawat hingga akhirnya terkumpul dana sekitar 1juta dolar. Dan akhirnya, perusahaan Google pun dapat didirikan pada 7 Septembar 1998 dan dibuka secara rasmi di Menlo Park, California - pelbagai sumber.

Read more...

Friday, November 6, 2009

Khasiat Jintan Hitam @ Habbatus Sauda


Sharjah, UAE - Habbatus Sauda dipercayai dapat mencegah jangkitan Selsema Babi @ H1N1. Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi (baca petikan diatas).

Semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi. Berbagai kajian memberikan bukti bahawa Habbatus Sauda’ meningkatkan sistem pertahanan badan jika digunakan sepanjang waktu.

Read more...

Pisang Lebih Berkhasiat Berbanding Epal?

Selalu kita bandingkan buah-buahan tempatan dengan luar negara. Kalau di tanya buah apa yang lebih digemari, mesti lebih ramai menyebut epal berbanding betik, tembikai atau pisang. Betul kan? Kenapa? Kalau dibandingkan rasa, saya rasa semua buah ada rasa tersendiri.

Tahukah kita buah-buahan tempatan lagi banyak khasiat berbanding buah luar negara? Contohnya buah manggis, pisang dan beberapa jenis lagi.

SECARA RINGKASNYA:

Selepas bijirin, pisang antara makanan yang kerap dijadikan makanan pertama bayi. Mudah dihadam, sangat berkhasiat dan rasanya lazat. Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium.

Pisang juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain, jadi ia tidak sesuai untuk mereka yang mengambil diet kurang karbohidrat, tetapi ia amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif. Sesetengah orang menggelar pisang sebagai “anti-stress” kerana kandungan vitamin B6nya yang tinggi. Potassium pula membantu fungsi otak dan saraf.

Setelah membaca ini, kamu akan melihat kelebihan dari buah PISANG

Buah Pisang mengandung tiga jenis gula semulajadi – Sukrosa, Fruktosa dan Glukosa yang dikombinasikan dgn FIBER, Pisang memberikan tambahan sokongan tenaga yg cukup banyak. Kajian telah membuktikan bahawa dengan hanya dua buah pisang memberikan tenaga yang cukup untuk kuat selama 90 minit. Tidak hairan mengapa pisang merupakan buah nombor satu yang banyak diambil oleh atlet dunia. Namun bukan hanya tenaga yang dihasilkan, buah pisang juga dapat menjaga tubuh supaya selalu cergas dan membantu untuk mencegah beberapa penyakit, diperlukan untuk menambah diet harian kita.

DEPRESI: Berdasar tinjauan terbaru oleh “MIND” terhadap orang yang mengsemulajadi Depresi, banyak yang membantu setelah mengamalkan buah pisang. Oleh karena pisang mengandung Tryptphan, sejenis protein yg diatur tubuh menjadi Serotonin, diketahui dapat membawa kesan relax, menambah suasana hati pada umumnya menjadi lebih baik.

PMS (Sindrom yg terjadi pada banyak wanita mulai 2 s/d 14 hari sebelum menstruasi): Lupakan ubat-ubatan – makanlah buah pisang. Vitamin B6 yg terkandung mengawal tingkat glukosa darah, yang dapat mempengaruhi kondisi tubuh lebih baik.

Anemia (Kekurangan darah): Tinggi zat besi, buah pisang dapat merangsang penghasilan hemoglobin (sel darah merah) dan membantu kes penyakit ANEMIA.

TEKANAN DARAH: Buah unik tropika ini mengandung zat potassium yang cukup tinggi dan rendah garam, membuat tekanan darah menjadi lebih baik. Dan banyak lagi, sebuah perusahaan Makanan dan Obat-obatan di Amerika Serikat mendakwa buah pisang dapat mengurangi risiko dari tekanan darah tinggi dan penyakit STROKE.

Vitamin/tenaga untuk OTAK: 200 orang pelajar sekolah di Twickenham (Middlesex) terbantu dalam ujian mereka tahun ini setelah setiap sarapan, istirehat dan makan tengah hari selalu mengamalkan buah pisang sebagai pemacu kekuatan berfikir mereka. Penelitian juga memperlihatkan bahwa buah yang disertai zat potassium dapat membantu otot mata menjadi lebih awas.

SEMBELIT: Tinggi kadar fiber, dapat membantu program diet untuk mengempiskan bahagian perut, membantu mengatasi masalah tanpa kesan sampingan.

RASA SAKIT: Salah satu cara mudah/cepat mengubati rasa sakit adalah dengan membuat campuran buah pisang dengan 'milkshake', ditambahkan dengan madu. Buah pisang meredakan perut dan dengan bantuan madu dapat meredakan kadar gula, sedangkan susu selain menyegarkan juga membantu proses re-hidrasi sistem tubuh.

SAKIT JANTUNG: Buah Pisang memiliki zat asam semut (penetral asam) yang semulajadi terhadap tubuh, dan jika anda menderita kerana ada bahagian yang sakit pada jantung, cuba makan pisang untuk meringankan rasa sakit tersebut.

Rasa nyeri dipagi hari: Makan buah pisang setelah sarapan membantu kadar gula anda untuk mengurangi rasa sakit dan sengal-sengal sewaktu bangun pagi.

GIGITAN NYAMUK: Sebelum menggunakan cream anti gigitan serangga, cuba olesi bahagian yang terkena gigitan dengan bahagian dalam kulit pisang. Banyak orang berjaya mengurangi pembengkakan dan iritasi pada bahagian kulit yg telah digigit oleh serangga.

URAT SARAF: Buah pisang tinggi kadar vitamin B yang membantu menenangkan sistem URAT SARAF.

KELEBIHAN BERAT BADAN DAN BEBAN PEKERJAAN : Kajian pada Institut Psikologi di Austria menemukan bahawa tekanan pada pekerjaan mendorong kita untuk makan (lebih senang memakan) snack, coklat, keropok dan lain-lain. Memperhatikan dari 5000 pesakit, ditemukan bahwasanya kebanyakan dari kes obesiti(kegemukan) disebabkan oleh tekanan pekerjaan. Hasil laporan menyimpulkan bahawa untuk menghindari kecanduan makanan tersebut, kita perlu mengendalikan kadar gula darah kita dengan makanan ringan yang tinggi karbohidrat setiap 2 (dua) jam untuk menjaga kadar gula supaya stabil.

BAHAGIAN PENCERNAAN: Pisang digunakan sebagai makanan diet mencegah gangguan pencernaan kerana lembut/halusnya susunan/tekstur dari buah pisang tersebur. Hanya buah mentah inilah yg dapat langsung dapat dimakan tanpa harus susah-susah mengolahnya. Dan juga meneutralkan zat asam berlebihan dan mengurangkan iritasi dengan melapisi bahagian dalam perut kita.

PENGENDALIAN SUHU: Banyak pendapat yang menyatakan bahawa buah pisang ini sebagai penyejuk/penyegar yang dapat mengurangi baik secara fizikal mahupun emosi calon Ibu. Di negara Thailand contohnya, wanita hamil memakan pisang untuk memastikan bahawa bayi yang akan lahir dengan kondisi SAD yang terkendali ( SAD = gangguan/kecemasan sang calon ibu): Buah pisang membantu penderita SAD karena mengandung Zat semulajadi Tryptophan = asam amino yg mengandung protein utk pertumbuhan dan metabolisme yg normal sbg penghasil niasin (niasin : vitamin A, B utk fungsi normal system syaraf pembuangan.

MEROKOK: Buah pisang dapat membantu orang yang cuba berhenti merokok, kerana kandungan vitamin B6 dan B12 dan juga kandungan potasium dan magnesium membantu tubuh mencegah kesan dari gangguan akibat zat NIKOTIN.

STRES: Potasium merupakan mineral penting yang dapat menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengendalikan kadar cairan tubuh. Saat kita sedang mengsemulajadi STRES (gangguan pikiran yg dapt mengakibatkan gangguan badan), tingkat metabolisme meningkat, dan kerananya terjadi pengurangan kadar potasium. Ini dapat dikendalikan dengan makanan ringan dari pisang yang kaya dengan kadar potasiumnya.

STROKE (jenis penyakit yg diakibatkan kehilangan fungsi dari anggota atau bahagian lain tubuh saat aliran oksigen dlm darah menuju otak terganggu): Menurut penelitian “Jurnal Medis di New England “, memakan buah pisang adalah bahagian dari program DIET yang dapat mengurangi risiko kematian akibat STROKE sebanyak 40%.

Oleh kerana itu memakan buah pisang merupakan perubatan semulajadi untuk pelbagai penyakit. Jika dibandingkan dengan buah EPAL, pisang memiliki 4 kali bahagian protein, 2 kali bahagian zat karbohidrat, 3 kali bahagian fospor, 5 kali bahagian vitamin A dan zat besi, 2 kali bahagian mineral dan vitamin lain. Juga kaya dengan peratus potasium dan merupakan buah terbaik yg mudah didapati.

Mungkin dapat dikatakan "BUAH PISANG MEMBUAT KITA JAUH DARI DOKTOR" kerana kita selalu sihat.

Khasiat EPAL.

Tahukah anda, Malaysia kini mempunyai ladang epal hijau? Mungkin ada yang menjawab – tentulah ada di Cameron Highlands! Tapi, adakah anda tahu bahawa epal hijau juga turut ditanam di Sarawak? Ya, pada masa kini, epal hijau juga turut ditanam di Ladang Kampung Buduk Nur, Ba Kelalan di Sarawak. Ladang yang luasnya 10 hektar ini diusahakan oleh suku kaum Lun Bawang atau dikenali sebagai Orang Gunung.

Epal hijau kaya dengan zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat.

Berikut adalah beberapa kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Sumber:
http://www.mysantaicafe.blogspot.com
http://www.callrid.com
http://www.anakbonda.blogspot.com

Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Program RIMUP

Program RIMUP yang melibatkan penyertaan pelajar pelbagai kaum Tingkatan 3 telah diadakan seperti butiran beriut:

Tarikh : 22 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Dewan Terbuka

Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengkhusus kepada tema Warisan. Ianya terdiri dari pakaian dan permainan tradisional masyarakat Malaysia. Semoga aktiviti seperti ini mampu meningkatkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.




Aktiviti RIMUP dengan tema Warisan (22 Oktober 2009).

Read more...

Aktiviti Selepas PMR - Bahagian 3

Aktiviti Selepas PMR terus dipelbagaikan dan dilaksanakan untuk memberi peluang kepada pelajar agar lebih berani dan berketrampilan. Semoga pelajar mendapat manfaat dari semua aktiviti yang telah dan akan diteruskan sehingga hari akhir persekolahan tahun 2009.


Perpustakaan - Taklimat kemasukan ke Sekolah Teknik 2010 (4 November 2009).


Bilik Kemahiran Hidup - Pertandingan Menghias Kek (4 November 2009).


Dewan Terbuka - Menyediakan Buku Skrap (4 November 2009).

Read more...

Monday, November 2, 2009

Rahsia Warna Kegemaran


Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna. Tahukah anda warna kegemaran dapat memperlihatkan watak anda secara umumnya?

Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu.

Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Read more...

Sunday, November 1, 2009

Aktiviti Selepas PMR - Bahagian 2

Sebaik sahaja PMR tamat, pelajar Tingkatan 3 yang berminat dan terpilih telah bertungkus lumus melukis mural di dinding bangunan sekolah yang dulunya kosong dan hambar. Pelajar-pelajar ini dibimbing dan diawasi oleh guru Pendidikan Seni mereka iaitu Puan Norashikin dan Puan Rohani. Terima kasih semua.

Proses melukis dan mewarna.


Antara mural yang sudah siap.

Read more...

Aktiviti Selepas PMR

Pelbagai aktiviti telah dan sedang dijalankan khusus untuk pelajar Tingkatan 3 yang telah selamat menduduki PMR pada 8 hingga 13 Oktober yang lalu. Semua aktiviti dipantau dan diawasi oleh guru-guru tertentu yang dilantik khusus oleh pihak sekolah.

Berikut adalah paparan sebilangan aktiviti yang telah dilaksanakan:


Aktiviti berbasikal lambat (15 Oktober 2009).


Aktiviti pidato Bahasa Melayu (23 Oktober 2009).


Aktiviti gubahan coklat (23 Oktober 2009).



Aktiviti permainan (26-28 Oktober 2009)- bola jaring.


Aktiviti permainan (26-28 Oktober 2009)- futsal.

Read more...

Mari Jaga Badan - Sesi Kedua

Tarikh :30 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Dewan Terbuka

Kali ini, penyertaan telah bertambah. Malah sesi mengambil indeks BMI juga turut dijalankan. Teruskan usaha menjaga badan dan kesihatan. Tahniah.




Guru sesi petang dan pelajar Tingkatan 3, bersama-sama melakukan aktiviti senam tari.

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP