CARIAN TOPIK :

 

Friday, November 6, 2009

Khasiat Jintan Hitam @ Habbatus Sauda


Sharjah, UAE - Habbatus Sauda dipercayai dapat mencegah jangkitan Selsema Babi @ H1N1. Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi (baca petikan diatas).

Semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi. Berbagai kajian memberikan bukti bahawa Habbatus Sauda’ meningkatkan sistem pertahanan badan jika digunakan sepanjang waktu.

0 comments:

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP