CARIAN TOPIK :

 

Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Hari Keluarga KGKT SMK Bagan Serai

Penat bekerja, sesekali merehatkan minda bersama rakan-rakan dan keluarga pasti mampu mengurangkan tekanan.


Hari keluarga ini telah dilaksanakan pada 16 dan 17 September 2011 di Paradise Sandy Beach Resort, Pulau Pinang. Tahniah kepada AJK KGKT 2011.

Walaupun posting ini agak terlewat namun biarlah gambar berbicara untuk menunjukkan betapa meriahnya suasana. Semoga tahun hadapan dapat ke destinasi lain pula ya.



Read more...

Wednesday, September 14, 2011

Pilot School Visit For i-Think 2011

Di pagi yang damai, warga SMK Bagan Serai menyambut kedatangan kumpulan pelawat bagi tujuan perlaksanaan 'Sekolah Rintis untuk Projek i-Think (Future Skill)' yang melibatkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia.

Kumpulan tersebut terdiri daripada Mr. Nick Symes - Kestrel Education United Kingdom, Mdm. Ann Shaw - 21st Education Amerika syarikat , Mdm. Marzita Omar - Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mdm. Lailiyah Baharuddin - Agensi Inovasi Malaysia.


Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sekitar lawatan tersebut:

Sesi bergambar dan taklimat bersama barisan pentadbir SMKBS, PIBG dan Pegawai dari PPD Kerian.

Sesi temuduga pelajar dan lawatan ke kelas pembelajaran & pengajaran.

Semoga lawatan seumpama ini mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, sekolah dan kumpulan lawatan.

Read more...

Monday, June 13, 2011

Back To School


Selamat kembali ke sekolah. Kepada semua pelajar, pastikan disiplin diri diperkukuhkan. Rambut hitam dan pendek, kuku dan pakaian yang bersih adalah imej pelajar yang mahu belajar. Semoga berjaya.

Kepada guru-guru, semoga kita terus sama-sama berusaha untuk kejayaan seluruh warga sekolah kita. Semoga kita diberkati. Amin.

Read more...

Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru pada hari ini disambut secara sederhana namun cukup meriah untuk meraikan guru-guru yang dikasihi.

'SELAMAT HARI GURU' dan 'TERIMA KASIH CIKGU'. Biarlah gambar berbicara.






Read more...

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru kepada semua guru seluruh negara.
'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'

Read more...

Thursday, April 28, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan untuk meraikan kejayaan pelajar SMK Bagan Serai dalam peperiksaan PMR dan SPM 2010 diadakan pada hari ini di Dewan Besar SMK Bagan Serai dan dirasmikan oleh YDP PIBG, Encik Gunasegaran.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam sekitar majlis tersebut.

Read more...

Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM 2010

Tiga pelajar SMK Bagan Serai telah berjaya memperolehi semua A dalam SPM 2010. Tahniah!


Wajah manis tiga pelajar yang telah memperolehi semua A dalam SPM 2010. Tahniah!

Di bawah pula adalah wajah-wajah pelajar cemerlang bergambar bersama-sama sebahagian pentadbir dan guru-guru yang mendidik mereka selama ini. Tahniah pelajar dan Terima kasih cikgu!.

Read more...

Thursday, February 10, 2011

Perutusan Tahun Baru 2011 Menteri Pelajaran Malaysia

Pagi ini, tepat jam 9.00 pagi semua warga SMKBS berpeluang menyaksikan secara langsung Perutusan Tahun Baru 2011 Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin B. Yassin di Dewan Besar SMK Bagan Serai. Semoga amanat beliau dapat dipraktikkan sebaik mungkin. Amin.


Read more...

Thursday, January 20, 2011

Keputusan Penarafan SSQS 2010 Bagi Kelompok PKG Teluk Medan

Berikut adalah keputusan penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS), telah dilaksanakan pada 19 Julai hingga 30 Ogos 2010. Status penarafan pada tahun 2010 sebanyak 8955 buah sekolah daripada 9916 telah ditaraf pada tahun ini manakala 8147 atau 91% telah mencapai tahap bestari (sekolah yang mencapai 3 bintang ke atas dalam penarafan SSQS).

Pihak PKG Teluk Medan mengucapkan jutaan terima kasih bagi sekolah yang telah mengisi dan memberi kerjasama.


Sumber: PKG Teluk Medan

Read more...

Saturday, May 15, 2010

Gotong-royong Perdana

Gotong-royong perdana telah dijalankan pada hari ini. Bermula tepat pukul 8.00 pagi dan tamat pada 12.00 tengah hari. Semua guru dan pelajar terpilih yang mewakili badan beruniform masing-masing telah bekerjasama berganding bahu tanpa mengira kaum untuk menjayakan sesi gotong-royong tersebut.

Setiap kumpulan telah diberikan kawasan dan tugasan masing-masing. Tahniah dan terima kasih atas tenaga yang telah dicurahkan. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan.



Read more...

Saturday, April 10, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan SMKBS


Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Bagan Serai untuk menghargai pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam PMR 2009 dan SPM 2009 serta Panitia Cemerlang SMK Bagan Serai telah di adakan pada hari Jumaat, 9 April 2010.

Tahniah kepada semua pelajar dan panitia yang berjaya. Semoga ianya menjadi contoh dan motivasi kepada semua warga SMK Bagan Serai yang lain.

Read more...

Tuesday, March 30, 2010

Latihan Kebakaran

Satu latihan kebakaran telah dilaksanakan pada hari ini, Selasa - 30 Mac 2010 dengan kerjasama Persatuan Kadet Bomba SMK Bagan Serai dan Jabatan Bomba & Penyelamat Bagan Serai di SMK Bagan Serai.

Menurut pihak Jabatan Bomba & Penyelamat, walaupun semua warga SMK Bagan Serai telah memberi kerjasama yang baik kepada usaha yang dijalankan oleh kedua-dua pihak, latihan ini akan dilaksanakan lagi pada masa hadapan untuk memperbaiki kelemahan yang telah dikenalpasti semasa latihan tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sempena aktiviti tersebut:


Sesi demontrasi memadam api dengan mengunakan ABC Powder.


Sesi demontrasi memadam api dengan mengunakan air.




Read more...

Mari Bersenam

SENAMAN

Selain daripada mengamalkan diet seimbang, senaman juga dapat membantu mengurangkan stres. Senaman amat penting dalam kehidupan seharian kerana ia dapat menyihatkan badan. Senaman merupakan sebarang aktiviti fizikal yang dijalankan secara berterusan untuk beberapa waktu dan dapat meningkatkan denyutan nadi.


Lihat. Pelbagai gaya dan ragam bersenam oleh guru-guru SMKBS semasa sesi senaman kecergasan pada hari Sabtu - 27 Mac 2010. Apa yang penting - sangat seronok!!

KEBAIKAN SENAMAN

i) Memberikan lebih tenaga
ii) Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit
iii) Memperbaiki sistem pernafasan dan jantung
iv) Memperkukuhkan keyakinan diri
v) Mengatur cara tidur yang betul
vi) Meningkatkan daya konsentrasi atau perhatian yang lebih baik
vii) Meningkatkan kekuatan dan stamina
viii) Menjadikan seseorang berfikiran positif dan mengamalkan cara hidup sihat.

PANDUAN SEBELUM MELAKUKAN SENAMAN

1. Memanaskan badan (5 minit)

Pemanasan otot merupakan latihan atau regangan agar badan lebih bertenaga di samping dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa melakukan senaman.

2. Senaman aerobik (20-30 minit)

Menggerakkan keseluruhan badan dalam jangka masa yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya dilakukan 3 atau 4 kali seminggu untuk mengekalkan kesihatan. Aktiviti yang selalu dilakukan termasuk berjalan pantas, jogging, menunggang basikal, tali skipping, berenang, bola keranjang dan aktiviti turun naik tangga.

3. Merehatkan diri / Menyejukkan badan (5 minit)

Lebih kurang sama dengan memanaskan badan. Dapat menurunkan tahap aktiviti dan membantu mengelakkan kecederaan dan kesakitan badan setelah melakukan senaman aerobik.

ZON SENAMAN

Mengawasi kadar denyut nadi untuk senaman selamat dan berkesan.
Kadar nadi yang perlu dicapai ketika bersenam ialah 60%-85% daripada kadar maksimum nadi. Contoh: Umur 24 tahun. Kadar maksimum nadi 200 - 24 = 176 denyut nadi. Kadar nadi yang perlu dicapai ialah di antara 105% - 150%.

Capai kadar nadi yang perlu dicapai secara perlahan-lahan.

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MELAKUKAN SENAMAN

Berjumpa dengan doktor untuk menentukan tahap kesihatan jika anda:

1. berumur lebih daripada 35 tahun (lelaki) atau lebih dari 40 tahun (perempuan dan tidak pernah melakukan senaman.
2. Kesihatan yang tidak menentu, menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit hati atau lebih daripada satu faktor berisiko penyakit hati.
3. Jangan bersenam apabila anda sakit atau tak sihat.
4. Pilih senaman yang mudah mengikut kemampuan.
5. Jangan bersenam dalam masa dua jam selepas makan.
6. Pakailah pakaian yang sesuai dan selesa dengan senaman yang hendak dilakukan.
7. Bersenam dengan betul. Jangan lupa, ambil masa untuk memanaskan badan sebelum bersenam dan rehatkan diri selepas bersenam.

UNTUK SENAMAN YANG BERKESAN, PASTIKAN ANDA:

i) Bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.
ii) Bersenam pada sasaran kadar nadi antara 20 hingga 30 minit tanpa gangguan.
iii) Buatlah senaman aerobik seperti berjalan pantas, jogging, berenang, menaiki basikal, senaman aerobik dan melakukan aktiviti naik dan turun tangga.

Anda boleh melakukan senaman mudah seperti di atas dalam kehidupan anda seharian. Melakukan senaman mudan ini secara konsisten bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan anda tetapi juga membantu anda membebaskan diri dari stres yang anda alami. Mari bersenam.

Read more...

Saturday, March 6, 2010

Mesyuarat PIBG kali ke-37 Tahun 2010

Mesyuarat telah diadakan dengan jayanya seperti butiran berikut:

Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Terbuka SMKBS


Gambar AJK PIBG yang terpilih untuk sesi 2010/2011. Tahniah dan selamat menjalankan tugas untuk kejayaan warga SMK Bagan Serai khususnya para pelajar.




Para guru dan ibu bapa yang hadir.

Read more...

Sunday, February 21, 2010

Program Bulan Bahasa Peringkat Sekolah

Dalam sibuk bersukan, Februari juga telah terpilih untuk perlaksanaan Program Bulan Bahasa. Pelbagai aktiviti telah diatur dan disertai oleh para pelajar. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read more...

Friday, January 1, 2010

Ikrar Perkhidmatan Awam


Tarikh : 28 Disember 2009
Tempat : Dewan SMKBS

Sekali lagi Ikrar dilafaz untuk menyemai dan menyegarkan ingatan semua kakitangan SMKBS terhadap tugas yang diamanahkan.

Kami telah dilantik/berkhidmat dengan
kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini
Bahawa semasa dan selagi berkhidmat dengan
kerajaan Malaysia kami patuh dan mengamalkan
teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan
tugas-tugas ke arah

Kami berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat
dan pembangunan negara
Bekerja dengan membanteras kelemahan-kelemahan
dan musuh-musuh negara
Dan berpegang teguh kepada ajaran-ajaran agama.

MAKA KAMI rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS"

Read more...

Thursday, December 31, 2009

Kembali Ke Sekolah

"Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua warga SMKBS". Semoga sesi persekolahan 2010 akan lebih cemerlang berbanding sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, guru-guru SMKBS telah menghadiri beberapa siri mesyuarat di Dewan Sekolah untuk menerima tugasan dan harapan yang menggunung serta mengutip maklumat berkaitan rancangan perlaksanaan serta dasar pengurusan pihak sekolah khusus untuk menghadapi sesi persekolahan 2010.

Antara siri mesyuarat yang telah diadakan ialah:
1. Mesyuarat Guru Kali Pertama dan Pengurusan - 28 Disember 2009.
2. Mesyuarat Ko-Kurikulum & Hal Ehwal Murid - 29 Disember 2009.
3. Mesyuarat Panitia - 30 Disember 2009.

"SEMOGA SMKBS TERUS CEMERLANG"

Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Program RIMUP

Program RIMUP yang melibatkan penyertaan pelajar pelbagai kaum Tingkatan 3 telah diadakan seperti butiran beriut:

Tarikh : 22 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Dewan Terbuka

Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengkhusus kepada tema Warisan. Ianya terdiri dari pakaian dan permainan tradisional masyarakat Malaysia. Semoga aktiviti seperti ini mampu meningkatkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.




Aktiviti RIMUP dengan tema Warisan (22 Oktober 2009).

Read more...

Thursday, October 8, 2009

Mesra Aidil Fitri SMKBS

Pengerusi Kelab Guru & Pengetua SMK Bagan Serai. 'Spot check' supaya ayam panggang dimasak sedap.

Sempena Syawal yang mulia, Jamuan Hari Raya dan Majlis Perpisahan SMK Bagan Serai telah di kelolakan oleh Kelab Guru & Kakitangan seperti berikut:

Tarikh : 3hb Oktober 2009 (Sabtu).
Masa : 12.00 tengah hari.

Adalah diharapkan agar majlis seperti ini mampu merapatkan yang jauh, menjernihkan yang keruh. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.


Menu utama, ayam panggang. nyum nyum nyum sedap...

Read more...

Wednesday, October 7, 2009

Perjuangan PMR Bermula


Peperiksaan PMR bermula hari ini, 7 Oktober 2009 sehingga 13 Oktober 2009. Kepada semua pelajar SMK Bagan Serai, semua guru mendoakan yang terbaik untuk anda. Guna pakailah semua ilmu yang telah dibekalkan kepada anda. Jangan lupa memohon keberkatan daripadaNya. Semoga Berjaya.

Persediaan terakhir sebelum melangkah ke dalam dewan peperiksaan - saringan kesihatan pelajar.

"SELAMAT BERJUANG DAN SEMOGA BERJAYA"

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP