CARIAN TOPIK :

 

Showing posts with label SELEPAS PMR. Show all posts
Showing posts with label SELEPAS PMR. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

Aktiviti Selepas PMR


13 dan 14 Oktober 2011 - Buku Skrap dan Pertandingan Basikal Lambat.

Pelbagai aktiviti sedang dan akan terus dilaksanakan untuk memenuhi masa senggang pelajar Tingkatan 3 yang baru tamat menduduki Peperiksaan PMR. Selain bertujuan untuk menyegarkan minda dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar, adalah menjadi harapan pihak sekolah agar pelajar dapat mengumpul pengetahuan sama ada secara tersurat atau tersirat. Amin.

 

Posted by Picasa

Aktiviti 17 Oktober 2011 - Ceramah dan Pameran Anti Dadah

Read more...

Sunday, November 7, 2010

Aktiviti Selepas PMR 2010

Sebaik sahaja peperiksaan PMR berakhir pada 12 Oktober 2010, pelbagai aktiviti dirancang agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Selain proses pembelajaran dan pengajaran subjek Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 4 diperkenalkan kepada pelajar lepasan PMR, terdapat pelbagai aktiviti luar bilik darjah yang telah dijalankan. Semoga semua aktiviti ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Berikut adalah beberapa gambar aktiviti yang dirakamkan.

Aktiviti menunggang basikal paling cepat pada 20 Oktober 2010.

Aktiviti bola jaring pada 21 Oktober 2010.

Aktiviti gubahan buah pada 3 November 2010.

Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Aktiviti Selepas PMR - Bahagian 3

Aktiviti Selepas PMR terus dipelbagaikan dan dilaksanakan untuk memberi peluang kepada pelajar agar lebih berani dan berketrampilan. Semoga pelajar mendapat manfaat dari semua aktiviti yang telah dan akan diteruskan sehingga hari akhir persekolahan tahun 2009.


Perpustakaan - Taklimat kemasukan ke Sekolah Teknik 2010 (4 November 2009).


Bilik Kemahiran Hidup - Pertandingan Menghias Kek (4 November 2009).


Dewan Terbuka - Menyediakan Buku Skrap (4 November 2009).

Read more...

Sunday, November 1, 2009

Aktiviti Selepas PMR - Bahagian 2

Sebaik sahaja PMR tamat, pelajar Tingkatan 3 yang berminat dan terpilih telah bertungkus lumus melukis mural di dinding bangunan sekolah yang dulunya kosong dan hambar. Pelajar-pelajar ini dibimbing dan diawasi oleh guru Pendidikan Seni mereka iaitu Puan Norashikin dan Puan Rohani. Terima kasih semua.

Proses melukis dan mewarna.


Antara mural yang sudah siap.

Read more...

Aktiviti Selepas PMR

Pelbagai aktiviti telah dan sedang dijalankan khusus untuk pelajar Tingkatan 3 yang telah selamat menduduki PMR pada 8 hingga 13 Oktober yang lalu. Semua aktiviti dipantau dan diawasi oleh guru-guru tertentu yang dilantik khusus oleh pihak sekolah.

Berikut adalah paparan sebilangan aktiviti yang telah dilaksanakan:


Aktiviti berbasikal lambat (15 Oktober 2009).


Aktiviti pidato Bahasa Melayu (23 Oktober 2009).


Aktiviti gubahan coklat (23 Oktober 2009).



Aktiviti permainan (26-28 Oktober 2009)- bola jaring.


Aktiviti permainan (26-28 Oktober 2009)- futsal.

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP