CARIAN TOPIK :

 

Saturday, October 10, 2009

Mari Jaga Badan


"Kesihatan yang baik asas kepada kesejahteraan hidup". Justeru itu, pihak pengurusan sesi petang SMK Bagan Serai telah mengambil kesempatan menganjurkan aktiviti Tarian Pocho-pocho. Aktiviti ini diwajibkan kepada semua guru sesi petang dan digalakkan kepada semua guru sesi pagi.

Butiran aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 9 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Dewan Terbuka

Di samping dapat meningkatkan kualiti kesihatan diri, aktiviti seperti ini juga mampu meningkatkan kemesraaan dalam kalangan guru-guru SMK Bagan Serai. Semoga aktiviti seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan dan dapat menarik lebih banyak penyertaan.

Read more...

Thursday, October 8, 2009

Mesra Aidil Fitri SMKBS

Pengerusi Kelab Guru & Pengetua SMK Bagan Serai. 'Spot check' supaya ayam panggang dimasak sedap.

Sempena Syawal yang mulia, Jamuan Hari Raya dan Majlis Perpisahan SMK Bagan Serai telah di kelolakan oleh Kelab Guru & Kakitangan seperti berikut:

Tarikh : 3hb Oktober 2009 (Sabtu).
Masa : 12.00 tengah hari.

Adalah diharapkan agar majlis seperti ini mampu merapatkan yang jauh, menjernihkan yang keruh. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.


Menu utama, ayam panggang. nyum nyum nyum sedap...

Read more...

Wednesday, October 7, 2009

Perjuangan PMR Bermula


Peperiksaan PMR bermula hari ini, 7 Oktober 2009 sehingga 13 Oktober 2009. Kepada semua pelajar SMK Bagan Serai, semua guru mendoakan yang terbaik untuk anda. Guna pakailah semua ilmu yang telah dibekalkan kepada anda. Jangan lupa memohon keberkatan daripadaNya. Semoga Berjaya.

Persediaan terakhir sebelum melangkah ke dalam dewan peperiksaan - saringan kesihatan pelajar.

"SELAMAT BERJUANG DAN SEMOGA BERJAYA"

Read more...

Tuesday, October 6, 2009

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat Sekolah

Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.

"Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat kita," katanya pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di Kuching hari ini.

Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema "Bahasa Jiwa Bangsa" itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.

Poster Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah.


"Jangan mengaku anda orang Malaysia jika anda tidak mahir berbahasa melayu" - Pengetua SMKBS.

Di SMK Bagan Serai, Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah telah dilaksanakan dengan rasminya sewaktu Perhimpunan Mingguan Sekolah pada 5hb Oktober 2009 oleh Tuan Pengetua SMK Bagan Serai, Puan Hajah Salmah Bt Abdullah Shakur.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang sempena sambutan tersebut. Antaranya ialah:
1. Pertandingan Mengarang
2. Pertandingan Pidato
3, Pertandingan Bercerita
4. Pertandingan Debat
5. Pertandingan Banyak Membaca

Semoga kita semua sebagai warga SMK Bagan Serai mendapat manfaat melalui pelancaran Bulan Bahasa ini. Adalah menjadi harapan agar Bahasa Melayu dapat di martabatkan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa hari pelancaran - pidato, promosi buku baru dan nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

Read more...

Sunday, September 6, 2009

Tema Hari Kemerdekaan

Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970. Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-
2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan

Read more...

Lagu Satu Malaysia

Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

--------------------------------------------

Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy

Read more...

Peristiwa Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq, maksudnya:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Read more...

Buku Pilihan












Tajuk : Kecemerlangan Remaja


Pengarang : Muhammad Kamil Ibrahim


Kod : DN 198


ISBN : 983-046-119-x


Kandungan : 184 m.s

Harga : $6.00



Kejayaan remaja biasanya diukur daripada pencapaian cemerlang di dalam dunia pelajaran. Remaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke tingkat yang lebih tinggi dan mendapat pekerjaan yang meyakinkan dinobatkan sebagai remaja tidak bermasalah di mata masyarakat. Mereka dinilai aset yang menyumbang sinar kejayaan dan kegembiraan dalam keluarga.



Berpelajaran tinggi tanpa disertakan dengan nilai moral yang mulia juga akan menutup pintu kebahagiaan. Lahirlah generasi yang memimpin negara dari golongan insan yang buta dengan nilai-nilai murni, buta budaya sendiri dan buta kepada kebenaran. Pemahaman yang mendalam tentang hakikat tanggungjawab remaja dalam kehidupannya akan menjajikan kecemerlangan bagi bangsa dan negara.



Semoga buku ini memberikan sumbangan pemikiran bagi para remaja dalam mengisi keseimbangan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, insya Allah.

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP