CARIAN TOPIK :

 

Wednesday, November 4, 2009

Aktiviti Selepas PMR - Bahagian 3

Aktiviti Selepas PMR terus dipelbagaikan dan dilaksanakan untuk memberi peluang kepada pelajar agar lebih berani dan berketrampilan. Semoga pelajar mendapat manfaat dari semua aktiviti yang telah dan akan diteruskan sehingga hari akhir persekolahan tahun 2009.


Perpustakaan - Taklimat kemasukan ke Sekolah Teknik 2010 (4 November 2009).


Bilik Kemahiran Hidup - Pertandingan Menghias Kek (4 November 2009).


Dewan Terbuka - Menyediakan Buku Skrap (4 November 2009).

Read more...

Monday, November 2, 2009

Rahsia Warna Kegemaran


Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna. Tahukah anda warna kegemaran dapat memperlihatkan watak anda secara umumnya?

Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu.

Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Read more...

Sunday, November 1, 2009

Aktiviti Selepas PMR - Bahagian 2

Sebaik sahaja PMR tamat, pelajar Tingkatan 3 yang berminat dan terpilih telah bertungkus lumus melukis mural di dinding bangunan sekolah yang dulunya kosong dan hambar. Pelajar-pelajar ini dibimbing dan diawasi oleh guru Pendidikan Seni mereka iaitu Puan Norashikin dan Puan Rohani. Terima kasih semua.

Proses melukis dan mewarna.


Antara mural yang sudah siap.

Read more...

Aktiviti Selepas PMR

Pelbagai aktiviti telah dan sedang dijalankan khusus untuk pelajar Tingkatan 3 yang telah selamat menduduki PMR pada 8 hingga 13 Oktober yang lalu. Semua aktiviti dipantau dan diawasi oleh guru-guru tertentu yang dilantik khusus oleh pihak sekolah.

Berikut adalah paparan sebilangan aktiviti yang telah dilaksanakan:


Aktiviti berbasikal lambat (15 Oktober 2009).


Aktiviti pidato Bahasa Melayu (23 Oktober 2009).


Aktiviti gubahan coklat (23 Oktober 2009).



Aktiviti permainan (26-28 Oktober 2009)- bola jaring.


Aktiviti permainan (26-28 Oktober 2009)- futsal.

Read more...

Mari Jaga Badan - Sesi Kedua

Tarikh :30 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Dewan Terbuka

Kali ini, penyertaan telah bertambah. Malah sesi mengambil indeks BMI juga turut dijalankan. Teruskan usaha menjaga badan dan kesihatan. Tahniah.




Guru sesi petang dan pelajar Tingkatan 3, bersama-sama melakukan aktiviti senam tari.

Read more...

Monday, October 26, 2009

Info Tentang 'Bluetooth' Kepada Pencintanya

Tahukah anda bahawa Bluetooth adalah tekhnologi jarak pendek yang memberikan kemudahan perhubungan bagi peralatan–peralatan nirkabel. Jika kita suka berganti-ganti ringtone, logo ataupun game, mungkin Bluetooth adalah salah satu media yang dapat kita gunakan untuk saling mempertukarkan kandungan aplikasi dengan rekan yang juga memiliki fasiliti Bluetooth didalam telefon selain inframerah, WiFi, atau menggunakan kabel.

Berbeza dengan komunikasi melalui inframerah, Bluetooth direka untuk tidak tergantung terhadap line-of-sight iaitu apakah modul-modul Bluetooth yang sedang saling berkomunikasi berada dalam situasi selari terhalang antara peralatan yang satu dengan yang lainnya.

Nama Bluetooth sendiri diambil dari Raja Viking Denmark yang hidup pada tahun 900M, yang bernama Harald Blatand (Blatand dalam bahasa Denmark berarti gigi biru atau blue tooth). Dia adalah raja Denmark yang mempersatukan Denmark dengan sebagian dari Norwegia menjadi satu kerajaan. Untuk itulah nama Bluetooth dipakai sebagai nama tekhnologi wireless yang mempersatukan peralatan-peralatan elektronik yang akan berkomunikasi dalam satu jaringan ini. Teknologi Bluetooth ini mampu mengirimkan baik data maupun suara.

Dalam sebuah telefon atau PDA, fungsi Bluetooth biasanya digunakan untuk berkirim nombor telefon, gambar, daftar kegiatan, atau kalender. Agar dapat saling bertukar data dengan pengguna Bluetooth lainnya, kedua pengguna tersebut harus melakukan pairing terlebih dahulu. Pairing adalah sebuah proses dimana ada salah satu pengguna yang bertindak sebagai “pencari” (discover) dan pengguna lainnya yang menjadi “yang dicari” (discoverable). Setelah melakukan pairing tersebut barulah kedua pengguna tadi dapat saling bertukar data. - Wordpress Theme

Read more...

Pendidikan Dalam Bajet 2010


Peruntukan lebih RM30 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah


BAJET 2010: Peruntukan lebih RM30 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah, antaranya, untuk bantuan pelajar dan biasiswa, pembinaan 80 buah sekolah baru sekolah kebangsaan rendah dan menengah, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh.

Peruntukan RM1.1 billion untuk mengubahsuai dan naik taraf sekolah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak - Bernama

Read more...

Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP