CARIAN TOPIK :

 

Thursday, March 24, 2011

Tahniah! Skuad Olahraga SMKBS


Kejohanan Olahraga Daerah Kerian yang bermula dari 21 Mac 2011 hingga 24 Mac 2011 telah tamat dengan rasminya hari ini. Selain berjaya mengelolanya dengan baik sebagai tuan rumah dengan kerjasama sekolah-sekolah menengah Daerah Kerian, Skuad Olahraga SMK Bagan Serai turut berjaya memperolehi pencapaian cemerlang dengan muncul sebagai Johan Keseluruhan.

Membawa pulang 25 Emas 25 Perak dan 16 Gangsa, ini merupakan pencapaian terbaik sejak tiga tahun lalu. Tahniah! khususnya kepada semua atlit, jurulatih, guru-guru pengiring, pegawai-pegawai sukan, sukarelawan, guru-guru dan warga SMK Bagan Serai yang turut menbantu secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih.

Read more...

Friday, February 25, 2011

Bersara Sudah - Encik T. Kuna Cegeram

24 Februari 2011, hari terakhir secara rasmi di bumi SMKBS. Selamat Bersara untuk cikgu Kuna Cegeram a/l Tanimala (PK Kokurikulum). Jasamu pasti dikenang sepanjang hayat. Seluruh warga SMK Bagan Serai pasti akan merasa rindu. Semoga terus berbahagia.


Di sini juga dititipkan pesan, jika dalam hati nanti ada rasa rindu kepada kami...jangan rasa segan untuk mengunjungi. Anda di alu-alukan. Terima kasih cikgu.

Read more...

Thursday, February 10, 2011

Perutusan Tahun Baru 2011 Menteri Pelajaran Malaysia

Pagi ini, tepat jam 9.00 pagi semua warga SMKBS berpeluang menyaksikan secara langsung Perutusan Tahun Baru 2011 Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin B. Yassin di Dewan Besar SMK Bagan Serai. Semoga amanat beliau dapat dipraktikkan sebaik mungkin. Amin.


Read more...

Thursday, January 20, 2011

Majalah Di Pusat Sumber Sekolah

Mulai Febuari 2011, Pusat Sumber akan meneruskan langganan majalah untuk bacaan tambahan pelajar dan guru SMK Bagan Serai. Semoga bahan bacaan ini dapat dimanfaatkan sebaik mengkin.

Berikut adalah antara majalah tersebut:



Ada banyak lagi ya. Selamat Datang ke PSS.

Read more...

Keputusan Penarafan SSQS 2010 Bagi Kelompok PKG Teluk Medan

Berikut adalah keputusan penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS), telah dilaksanakan pada 19 Julai hingga 30 Ogos 2010. Status penarafan pada tahun 2010 sebanyak 8955 buah sekolah daripada 9916 telah ditaraf pada tahun ini manakala 8147 atau 91% telah mencapai tahap bestari (sekolah yang mencapai 3 bintang ke atas dalam penarafan SSQS).

Pihak PKG Teluk Medan mengucapkan jutaan terima kasih bagi sekolah yang telah mengisi dan memberi kerjasama.


Sumber: PKG Teluk Medan

Read more...

Thursday, November 18, 2010

Majlis Hari Anugerah Kegemilangan Kokurikulum 2010

Majlis Hari Anugerah Kegemilangan Kokurikulum SMK Bagan Serai telah diadakan pada 16 November 2010 sebagai tanda menghargai pelajar dan guru-guru yang telah memberi sumbangan kepada kegemilangan kokurikulum SMKBS sepanjang tahun 2010. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 16 November 2010
Hari : Selasa
Waktu : 11.00 pagi

Di bawah adalah antara gambar-gambar yang dirakamkan sempena majlis tersebut:


Antara pelajar gemilang kokurikulum yang telah menerima penghargaan masing-masing bersama-sama cikgu Zulkifli.

Read more...

Hari Kokurikulum SMKBS 2010

Hari Kokurikulum SMKBS dan Kem Perdana 2010 telah diadakan dengan jayanya pada 12 dan 13 November 2010. Semua kelab & persatuan, badan beruniform dan perrmainan telah mengambil bahagian dan memberi komitmen yang baik untuk menjayakan hari tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sempena aktiviti tersebut.

Read more...

Thursday, November 11, 2010

Majlis Perpisahan & Jamuan Akhir Tahun PSS 2010

Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun 2010 untuk meraikan Pengawas PSS Tingkatan 5 telah diadakan pada 10 november 2010. Terima kasih atas segala bantuan semua Pengawas Pusat Sumber sesi 2010 dalam memberi perkhidmatan di Pusat Sumber SMK Bagan Serai. Semoga khidmat terbaik mampu disumbangkan secara terus menerus di masa hadapan.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam sekitar majlis:



Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP