Hari Keluarga KGKT SMK Bagan Serai
Penat bekerja, sesekali merehatkan minda bersama rakan-rakan dan keluarga pasti mampu mengurangkan tekanan.

Read more...
Penat bekerja, sesekali merehatkan minda bersama rakan-rakan dan keluarga pasti mampu mengurangkan tekanan.

Read more...
Di pagi yang damai, warga SMK Bagan Serai menyambut kedatangan kumpulan pelawat bagi tujuan perlaksanaan 'Sekolah Rintis untuk Projek i-Think (Future Skill)' yang melibatkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Mr. Nick Symes - Kestrel Education United Kingdom, Mdm. Ann Shaw - 21st Education Amerika syarikat , Mdm. Marzita Omar - Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mdm. Lailiyah Baharuddin - Agensi Inovasi Malaysia.
Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sekitar lawatan tersebut:
Sesi bergambar dan taklimat bersama barisan pentadbir SMKBS, PIBG dan Pegawai dari PPD Kerian.

Sesi temuduga pelajar dan lawatan ke kelas pembelajaran & pengajaran.
Semoga lawatan seumpama ini mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, sekolah dan kumpulan lawatan.

Walaupun dihati sudah berbunga rasa untuk meraikan hari kemenangan 'Eidulfitri' tapi tugas tetap didahului. Pelbagai aktiviti masih berjalan seperti biasa pada hari terakhir Ramadhan di sekolah sebelum bercuti mulai esok.
Di Surau sekolah, berlansung majlis bacaan surah yassin diikuti solat hajat yang melibatkan semua pelajar beragama islam. Di Dewan Perdana, program motivasi dijalankan untuk semua pelajar bukan beragama islam, di Pusat Sumber pula dijalankan aktiviti motivasi untuk kumpulan pelajar india yang terpilih, manakala AJK sidang redaksi majalah bekerja kuat merakamkan gambar-gambar untuk di muatkan dalam majalah 'Seraian 2011'.
Selain sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, Jumaat sesi pagi hari ini diakhiri dengan Pelancaran Program 'Moh Ke Sekolah' oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Noraini bt. Ithnan di Dewan Wawasan dan diteruskan dengan Majlis bermaaf-maafan sempena 'Eidulfitri'.
Kepada semua pelajar Tingkatan 3 da 5, jangan lupakan terus bekalan 'Pecutan Terakhir' untuk PMR dan Percubaan SPM yang bakal tiba. Terima kasih juga kepada semua yang memberi komitmen sepenuh hati.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.
Larian bermula tepat jam 7.45 pagi hari ini. Semua pelajar dan guru menunjukkan semangat yang membara untuk menjayakannya. Gambar akan dikemaskini kemudian.
Read more...Minggu Bahasa dan Pusat Sumber akan dilaksanakan mulai 27 Jun sehingga 01 Julai 2011. Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena minggu tersebut.


Salam semua. 'Pendidikan Digital Untuk Semua'. Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia ini boleh dicapai dengan jayanya jika kita semua menggunakan saluran yang disediakan secara percuma. Eduwebtv boleh diakses di mana sahaja. Apa yang penting adalah komputer dan internet.
Kepada yang belum pernah mencuba, mari kita mulakan sekarang.

Selamat kembali ke sekolah. Kepada semua pelajar, pastikan disiplin diri diperkukuhkan. Rambut hitam dan pendek, kuku dan pakaian yang bersih adalah imej pelajar yang mahu belajar. Semoga berjaya.
Kepada guru-guru, semoga kita terus sama-sama berusaha untuk kejayaan seluruh warga sekolah kita. Semoga kita diberkati. Amin.
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP