CARIAN TOPIK :

 

Wednesday, April 11, 2012

Sekitar majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Bagan Serai untuk meraikan pelajar dan guru-guru yang telah mencapai kejayaan cemerlang sepanjang tahun 2011 telah dilaksanakan dengan meriah pada hari Jumaat, 6 April 2012 bertempat di Dewan Perdana.

Dipaparkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sempena majlis tersebut:



Read more...

Wednesday, March 21, 2012

Syoknya Ambil Keputusan SPM 2011

10 orang dengan keputusan semua A. Sungguh membanggakan. Tahniah kepada semua yang telah berjaya. Kepada yang kurang berjaya, SPM bukan penamatnya. Teruskan usaha anda walau di mana pun anda berada. Semoga semuanya terus berjaya dalam kehidupan walau apa pun yang anda pilih.


10 pelajar yang berjaya memperolehi semua 'A' dalam SPM 2011 bergambar bersama pentadbir dan wakil PIBG.

Read more...

Friday, March 2, 2012

ICT Duniaku




Seramai 40 orang pelajar SMK Bagan Serai telah diberi peluang oleh KPerak dengan kerjasama afterschool untuk mendalami kempen ICT Duniaku bertempat di Institut Latihan Perindustrian, Ipoh Perak hari ini, 2 Mac 2012.

Semoga kesempatan ini dapat digunakan sepenuhnya oleh semua pelajar terlibat.

Read more...

Wednesday, February 29, 2012

Latihan Kebakaran 2012

Latihan kebakaran 2012 telah dilaksanakan pada hari ini, 29 Februari 2012 dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat cawangan Bagan Serai. Taklimat menggunakan bahan pemadam api yang betul telah diberikan oleh pegawai Bomba bertugas Encik Hanafi.

Pelajar dan guru juga diberi peluang menggunakan alat pemadam api bagi memadam kebakaran. Adalah diharap, aktiviti seperti ini dapat memberi maklumat tepat mengenai perkara yang perlu dilakukan apabila menghadapi situasi cemas.


Read more...

Pelancaran Program NILAM 2012

Pelancaran Program NILAM 2012 telah dilaksanakan di Perhimpunan Rasmi Sesi Petang pada 13 Februari 2012 oleh tuan pengetua SMK Bagan Serai, Puan Hajah Noraini bt. Ithnan.

Program NILAM akan dilaksanakan sepanjang tahun dan melibatkan semua pelajar SMK Bagan Serai. Semoga program ini menjadi pemangkin untuk menerapkan budaya membaca dalam kalangan warga SMK Bagan Serai khususnya pelajar. Amin.

Read more...

Saturday, November 12, 2011

Hari Kokurikulum dan Hari Anugerah Kokurikulum 2011

Hari Kokurikulum dan Hari Anugerah Kokurikulum 2011 dilaksanakan dalam dua fasa untuk disesuaikan dengan kekangan waktu dam musim peperiksaan.

Antara aktiviti Fasa Pertama yang telah dilaksanakan pada 21 Oktober yang lalu meliputi aktiviti seperti menggubah bunga, memasak puding dan lipatan napkin.

Sementara aktiviti Fasa Kedua pula melibatkan aktiviti pertandingan kawad kaki, mendiri & menghias khemah serta aktiviti membina gajet telah diadakan pada hari ini, 12 November 2011.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam sekitar aktiviti tersebut:




Read more...

Thursday, November 10, 2011

Sekitar Majlis Perpisahan & Jamuan Akhir Tahun Pusat Sumber 2011

Majlis ringkas dan ucapan terima kasih diucapkan sebagai tanda penghargaan atas semua khidmat bakti Pengawas Pusat Sumber sepanjang tahun 2011. Semoga esok sentiasa lebih berjaya daripada hari ini.




Read more...

Saturday, November 5, 2011

Kem Membaca 1Malaysia 2011 Peringkat Sekolah

Kem Membaca 1Malaysia 2011 peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan mulai 31 Oktober 2011 hingga 4 november 2011. Di bawah adalah rakaman gambar sepanjang perlaksanaan KM1M tersebut.


Aktiviti pada hari pelancaran, 31 oktober 2011.


Aktiviti READ2011 pada 2 November 2011.


Aktiviti Buku Skrap, Peraduan Cari Kata, Silang Kata dan Pertandinagn Membaca Berita.


Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah pada 4 November 2011.

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP