Minggu Sains dan Matematik 2012
Minggu Sains dan Matematik telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Bagan Serai, Puan Hajah Noraini bt Ithnan pada perhimpunan pagi 30 April dengan jayanya.
Read more...Minggu Sains dan Matematik telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Bagan Serai, Puan Hajah Noraini bt Ithnan pada perhimpunan pagi 30 April dengan jayanya.
Read more...Aktiviti eksplorasi sumber telah berangkat ke Pulau Pinang pada 28 april 2012. Aktiviti ini adalah merupakan kerjasama antara Persatuan Pusat Sumber, Persatuan Sejarah dan Kelab Kemahiran Hidup SMK Bagan Serai.
Rombongan ini yang terdiri daripada 34 pelajar Tingkatan 2 sehingga 5 dan diiringi oleh enam orang guru telah ke lokasi berikut :
1. Kek Lok Si Temple dan Pagoda
2. Muzium dan galeri Tuanku Fauziah, USM
3. Karnival Kerjaya, USM
4. Akuarium Batu Maung
5. Muzium Perang, Batu Maung dan,
6. Lawatan sosial ke Queensbay, Pulau Pinang
Berikut adalah gambar yang dirakamkan sepanjang aktiviti:
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Bagan Serai untuk meraikan pelajar dan guru-guru yang telah mencapai kejayaan cemerlang sepanjang tahun 2011 telah dilaksanakan dengan meriah pada hari Jumaat, 6 April 2012 bertempat di Dewan Perdana.
Dipaparkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sempena majlis tersebut:


10 orang dengan keputusan semua A. Sungguh membanggakan. Tahniah kepada semua yang telah berjaya. Kepada yang kurang berjaya, SPM bukan penamatnya. Teruskan usaha anda walau di mana pun anda berada. Semoga semuanya terus berjaya dalam kehidupan walau apa pun yang anda pilih.
10 pelajar yang berjaya memperolehi semua 'A' dalam SPM 2011 bergambar bersama pentadbir dan wakil PIBG.



Seramai 40 orang pelajar SMK Bagan Serai telah diberi peluang oleh KPerak dengan kerjasama afterschool untuk mendalami kempen ICT Duniaku bertempat di Institut Latihan Perindustrian, Ipoh Perak hari ini, 2 Mac 2012.
Semoga kesempatan ini dapat digunakan sepenuhnya oleh semua pelajar terlibat.
Latihan kebakaran 2012 telah dilaksanakan pada hari ini, 29 Februari 2012 dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat cawangan Bagan Serai. Taklimat menggunakan bahan pemadam api yang betul telah diberikan oleh pegawai Bomba bertugas Encik Hanafi.
Pelajar dan guru juga diberi peluang menggunakan alat pemadam api bagi memadam kebakaran. Adalah diharap, aktiviti seperti ini dapat memberi maklumat tepat mengenai perkara yang perlu dilakukan apabila menghadapi situasi cemas.

Pelancaran Program NILAM 2012 telah dilaksanakan di Perhimpunan Rasmi Sesi Petang pada 13 Februari 2012 oleh tuan pengetua SMK Bagan Serai, Puan Hajah Noraini bt. Ithnan.
Program NILAM akan dilaksanakan sepanjang tahun dan melibatkan semua pelajar SMK Bagan Serai. Semoga program ini menjadi pemangkin untuk menerapkan budaya membaca dalam kalangan warga SMK Bagan Serai khususnya pelajar. Amin.
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP