CARIAN TOPIK :

 

Tuesday, June 1, 2010

Meraikan Persaraan Puan Jahratunnor


Cuaca mendung hari ini seakan mengerti bahawa SMKBS akan kehilangan seorang guru yang berdedikasi selepas berkhidmat selama 21 tahun di sini.

Doa berterusan untuk Puan Jahratunnor. Semoga sihat selalu dan impian mengelilingi dunia tercapai. Untuk maklumat lanjut mengenai biodata Puan Jahratunnor, sila klik di sini.


31 Mei 2010 - Puan Jahratunnor pada hari terakhirnya sebagai pendidik di SMKBS.

Read more...

Wednesday, May 19, 2010

Penghargaan Kepada Pengawas Pusat Sumber 2010

Pengawas Pusat Sumber Sesi 2010 bergambar bersama-sama sebahagian guru pusat sumber dan barisan pentadbir SMK Bagan Serai.

Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 bergambar bersama-sama sebahagian guru pusat sumber dan pengerusi pusat sumber, Guru Penolong Kanan Pentadbiran - Tuan Haji Mohd Sa'ad Bin Hashim.

Selamat bertugas dan terima kasih.

Read more...

Tuesday, May 18, 2010

Menarik Dalam Sambutan Hari Guru

Terasa kemeriahannya. Sambutan Hari Guru tahun ini sungguh meriah.

Bermula dengan Perhimpunan Rasmi, guru-guru SMKBS dihiburkan dengan persembahan dari guru-guru praktikum dari UPSI. Walaupun tidak menepati tema hari guru, persembahan mereka sungguh mengujakan dan mampu membuat semua guru dan pelajar yang hadir tersenyum lebar dan ketawa besar. Tahniah!.

Persembahan spontan oleh empat pelajar Tingkatan 5 selepas itu, turut mencuit perasaan guru-guru. Walaupun sajak dibaca secara 'brutal', lagu dinyanyi lari tempo, saya percaya ramai guru terkesan. Terima kasih atas semua usaha anda.

Sambutan diteruskan dengan sesi pengambaran. Baju biru memang manis sekali. Di samping itu, pelbagai aktiviti lain turut di muatkan. Antaranya adalah Majlis Bacaan Yassin oleh pelajar islam tingkatan 3 dan 5, tayangan VCD di Dewan Sekolah, aktiviti permainan bola tampar (guru lelaki) dan sukaneka (guru perempuan).

Dikelas masing-masing, pelajar bekerjasama menyediakan jamuan sempena hari guru. Masing-masing pulang ke rumah dengan hati yang riang dan perut yang kenyang. Terima kasih daun keladi...SELAMAT HARI GURU dan biarlah gambar menceritakan segalanya.




Read more...

Saturday, May 15, 2010

Gotong-royong Perdana

Gotong-royong perdana telah dijalankan pada hari ini. Bermula tepat pukul 8.00 pagi dan tamat pada 12.00 tengah hari. Semua guru dan pelajar terpilih yang mewakili badan beruniform masing-masing telah bekerjasama berganding bahu tanpa mengira kaum untuk menjayakan sesi gotong-royong tersebut.

Setiap kumpulan telah diberikan kawasan dan tugasan masing-masing. Tahniah dan terima kasih atas tenaga yang telah dicurahkan. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan.



Read more...

Friday, May 14, 2010

Minggu Sains & Matematik

Minggu Sains & Matematik SMK Bagan Serai melabuhkan tirainya pada hari ini. Selama dua minggu (3 Mei hingga 14 Mei), pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk meningkatkan minat pelajar dan guru SMK Bagan Serai terhadap Sains & Matematik.

Daripada sambutan yang diterima, Minggu Sains & Matematik dilihat berjaya mencapai matlamatnya. Semoga kita semua berkesempatan dan berupaya lagi menjalankan aktiviti Minggu Sains & Matematik pada tahun hadapan.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang perlaksanaan minggu tersebut.


Sekitar pameran di Makmal Sains.

Sekitar pertandingan 'Sudoku Challenge' dan 'Calculator Challenge'.

Read more...

Kenapa Sambut Hari Guru Pada 16 Mei ?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru Malaysia

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Logo Hari Guru


Putih - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning - Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah - Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru - Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan ko-kurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meningkatkan mutu pelajaran dan kegiatan ko-kurikulum mengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

Read more...

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Read more...

Wednesday, May 12, 2010

Lagu Tema Hari Guru 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP