CARIAN TOPIK :

 

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya


Walaupun dihati sudah berbunga rasa untuk meraikan hari kemenangan 'Eidulfitri' tapi tugas tetap didahului. Pelbagai aktiviti masih berjalan seperti biasa pada hari terakhir Ramadhan di sekolah sebelum bercuti mulai esok.

Di Surau sekolah, berlansung majlis bacaan surah yassin diikuti solat hajat yang melibatkan semua pelajar beragama islam. Di Dewan Perdana, program motivasi dijalankan untuk semua pelajar bukan beragama islam, di Pusat Sumber pula dijalankan aktiviti motivasi untuk kumpulan pelajar india yang terpilih, manakala AJK sidang redaksi majalah bekerja kuat merakamkan gambar-gambar untuk di muatkan dalam majalah 'Seraian 2011'.


Selain sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, Jumaat sesi pagi hari ini diakhiri dengan Pelancaran Program 'Moh Ke Sekolah' oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Noraini bt. Ithnan di Dewan Wawasan dan diteruskan dengan Majlis bermaaf-maafan sempena 'Eidulfitri'.

Kepada semua pelajar Tingkatan 3 da 5, jangan lupakan terus bekalan 'Pecutan Terakhir' untuk PMR dan Percubaan SPM yang bakal tiba. Terima kasih juga kepada semua yang memberi komitmen sepenuh hati.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Read more...

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan Peringkat Sekolah

Larian bermula tepat jam 7.45 pagi hari ini. Semua pelajar dan guru menunjukkan semangat yang membara untuk menjayakannya. Gambar akan dikemaskini kemudian.

Read more...

Friday, June 24, 2011

Minggu Bahasa dan Pusat Sumber

Minggu Bahasa dan Pusat Sumber akan dilaksanakan mulai 27 Jun sehingga 01 Julai 2011. Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena minggu tersebut.


Read more...

Monday, June 13, 2011

Eduwebtv


Salam semua. 'Pendidikan Digital Untuk Semua'. Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia ini boleh dicapai dengan jayanya jika kita semua menggunakan saluran yang disediakan secara percuma. Eduwebtv boleh diakses di mana sahaja. Apa yang penting adalah komputer dan internet.

Kepada yang belum pernah mencuba, mari kita mulakan sekarang.

Read more...

Back To School


Selamat kembali ke sekolah. Kepada semua pelajar, pastikan disiplin diri diperkukuhkan. Rambut hitam dan pendek, kuku dan pakaian yang bersih adalah imej pelajar yang mahu belajar. Semoga berjaya.

Kepada guru-guru, semoga kita terus sama-sama berusaha untuk kejayaan seluruh warga sekolah kita. Semoga kita diberkati. Amin.

Read more...

Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru pada hari ini disambut secara sederhana namun cukup meriah untuk meraikan guru-guru yang dikasihi.

'SELAMAT HARI GURU' dan 'TERIMA KASIH CIKGU'. Biarlah gambar berbicara.






Read more...

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru kepada semua guru seluruh negara.
'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'

Read more...

Wednesday, May 4, 2011

Minggu Sains dan Matematik 2011

Pertandingan Sudoku, Cabaran Kalkulator dan Buku Skrap telah dijalankan pada hari ini untuk memeriahkan Minggu Sains dan Matematik 2011. Seramai 30 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 telah mengambil bahagian dalam pertandingan Sudoku. 25 orang pelajar yelah mengambil bahagian dalam pertandingan Cabaran kalkulator dan Buku Skrap masing-masing.



Sempena Minggu Sains dan Matematik juga, SMK Bagan Serai mengambil kesempatan untuk menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Inovasi Sains Peringkat Daerah yang akan diadakan di Makmal Kimia pada 5 Mei 2011 (8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari).

Kemaskini - 5 Mei 2011


Gambar sempena Pertandingan Inovasi Sains. Pasukan dari SMK Bagan Serai telah berjaya menjadi johan. Tahniah!

Read more...

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP