Tanda Terima Kasih dan Kongsi
25 September 2013, di Pusat Sumber SMK Bagan Serai. Terima kasih dan jumpa lagi tahun depan kalau ada rezeki yang mengizinkan.
Read more...
25 September 2013, di Pusat Sumber SMK Bagan Serai. Terima kasih dan jumpa lagi tahun depan kalau ada rezeki yang mengizinkan.
29 Jun 2013, di Hotel Warisan, Taiping, Perak. Dengan harapan berkepimpinan dan terpimpin.
Lama sudah blog ini sepi... mungkin penutup bagi tahun 2013, permulaan bagi semua perkara. Terima kasih kepada semua Pengawas Pusat Sumber yang telah memberi perkhidmatan terbaik. Semoga terus berjaya di luar sana, kehidupan sebenar.
Pada 2 Oktober 2012, Pengurusan Pusat Sumber telah meraikan semua Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 dalam sebuah majlis. Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun ini turut diraikan bersama-sama guru dan pentadbir SMK Bagan Serai.
Hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan atas semua bantuan dan komitmen yang dicurahkan. Semoga pelajar-pelajar dapat menggunakan ilmu yang diperolehi sama ada secara langsung atau tidak dalam kehidupan sebenar di luar alam persekolahan nanti. Kepada yang sudi hadir, terima kasih juga ya.
Salam sayang...
Visual ni dimuatnaik sebagai penghargaan tidak terhingga kepada semua Pengawas Pusat Sumber yang telah memberi komitmen yang cemerlang sepanjang tahun 2012.
Sebagai permulaan, penghargaan kepada Pengawas Pusat Sumber Sesi Pagi dahulu. Sesi Petang akan menyusul kemudian. Terima kasih.
Salam semua...
Minta maaf banyak-banyak kepada pelawat blog ini kerana sudah kurang mengemaskini blog. Sibuk kepada banyak perkara lain mewujudkan kekangan. Hari ini kekangan tersebut berjaya ditembusi.
PMR sudah melabuhkan tirai hari ini. Semoga keputusan yang bakal diumumkan Disember nanti mampu mengembirakan calon, ibu bapa, guru-guru dan pihak sekolah. Amin.
Mulai esok, 17 Oktober 2012 guru-guru Tingkatan 3 akan membantu pelajar Tingkatan 2 memantapkan pengetahuan beberapa mata pelajaran terpilih sebagai sesi memanaskan badan untuk menghadapi PMR 2013 nanti. Semoga memberi impak berkesan.
Kepada pelajar Tingkatan 3 pula, sudah banyak aktiviti disusun untuk mengisi masa anda selama lebih kurang tiga minggu sebelum sesi persekolahan 2012 melabuhkan tirai. Diantaranya ialah Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan READ 2012 yang akan bermula 22 hingga 25 Oktober 2012. Marilah sama-sama kita lihat apa aktivitinya.
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP