CARIAN TOPIK :

 

Tuesday, October 6, 2009

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat Sekolah

Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.

"Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat kita," katanya pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di Kuching hari ini.

Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema "Bahasa Jiwa Bangsa" itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.

Poster Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah.


"Jangan mengaku anda orang Malaysia jika anda tidak mahir berbahasa melayu" - Pengetua SMKBS.

Di SMK Bagan Serai, Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah telah dilaksanakan dengan rasminya sewaktu Perhimpunan Mingguan Sekolah pada 5hb Oktober 2009 oleh Tuan Pengetua SMK Bagan Serai, Puan Hajah Salmah Bt Abdullah Shakur.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang sempena sambutan tersebut. Antaranya ialah:
1. Pertandingan Mengarang
2. Pertandingan Pidato
3, Pertandingan Bercerita
4. Pertandingan Debat
5. Pertandingan Banyak Membaca

Semoga kita semua sebagai warga SMK Bagan Serai mendapat manfaat melalui pelancaran Bulan Bahasa ini. Adalah menjadi harapan agar Bahasa Melayu dapat di martabatkan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa hari pelancaran - pidato, promosi buku baru dan nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

0 comments:

KEINDAHAN MALAYSIA

KEINDAHAN MALAYSIA

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP